Pemain yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia, Kobe Chong sudah tiba di Kuala Lumpur dimana ini merupakan kali pertama beliau melawat negara ini.

Perkara ini dikongsikan oleh Kobe sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau memuat naik gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kemudiannya berjalan di sekitar ibu negara baru-baru ini.

Baca Juga:

Kobe Chong
Kobe Chong

Kobe tidak menjelaskan secara terperinci mengapa beliau datang ke Malaysia namun hanya ada satu hal yang bermain di fikiran ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air iaitu ada usaha untuk meyakinkan pemain itu bagi beraksi bersama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan Kobe Chong dan seorang lagi pemain iaitu Wan Kuzain hampir selesai dalam mendapatkan pasport Malaysia sekaligus dibenarkan beraksi bersama skuad kebangsaan.

Kobe sendiri sudah lama memberi bayangan yang mana beliau berminat untuk beraksi bersama Malaysia di peringkat antarabangsa dan kini terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan staf kejurulatihan yang dipimpin oleh Kim Pan-gon bagi meyakinkan pemain itu.

Bagi Wan Kuzain pula, beliau kini beraksi bersama kelab MLS Next Pro, St Louis City SC 2 pernah sertai kem latihan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara namun khidmat beliau gagal digunakan untuk saingan Sukan SEA 2019 disebabkan oleh masalah dokumentasi.

Bagaimanapun, bapa kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kamal memberikan isyarat bahawa anaknya bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya tidak lama lagi.

“Kuzain akan tiba tidak lama lagi,” dedah Wan Kamal kepada seorang peminat bernama Abrar Sadiq di laman Facebook.

Selain Kuzain, adiknya iaitu Wan Kuzri juga pernah menjalani latihan bersama skuad B-23 Tahun negara.