Sean Wotherspoon dan Nike secara rasminya telah menghentikan kolaborasi di antara mereka apabila mengesahkannya dengan khabar angin mengatakan akan berehat daripada meneruskan sekuel Air Max 1/97 yang seterusnya.

Sean Wotherspoon berkata beliau telah selesai bekerjasama dengan Nike. Beliau berkata masih ramai lagi rakan diluar sana dan beliau akan sudi membantu sekiranya diminta tetapi beliau turut meluahkan rasa bersyukur terhadap Nike kerana secara tidak langsung berjaya melebarkan karier beliau dalam dunia rekaan kasut.

Ketika ini, Sean Wotherspoon telah dilamar oleh Guess bagi menghasilkan model terbaru bagi jenama mewah ini.

https___hypebeast.com_image_2018_05_sean-wotherspoon-nike-air-max-1-97-restock-info-000