Tealive merupakan jenama minuman yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, terdapat pelbagai variasi minuman boba yang boleh dipilih dan menyegarkan tekak anda.
Apa yang mengejutkan adalah Tealive tampil dengan kasut Nike Air Force 1 ‘Custom’ oleh pelukis ilustrasi dan graffiti, Katun. Rata-rata netizen berasa teruja apabila Tealive ‘teaser’ gambar tersebut baru-baru ini.
Lebih mengejutkan apabila kasut custom edisi terhad itu boleh didapatkan secara percuma. Betul, anda tidak salah lihat kerana memang percuma! Bersempena dengan kredit ePenjana yang baru diberikan oleh kerajaan, Tealive akan berikan 10 pasang kasut tersebut kepada anda yang bertuah.
Mudah sahaja untuk anda menangi koleksi kasut yang ‘awesome’ ini. Anda hanya perlu bayar menggunakan Touch n Go, Boost atau Grabpay di Tealive sebanyak 4 kali dan minimum RM13 untuk setiap transaksi bermula 31 Julai 2020 sehingga 30 September 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh klik sahaja di sini. Tunggu apa lagi? Mana tahu anda bertuah untuk dapatkan kasut edisi terhad ni ini.
Sementara itu, kami ingin kongsikan tentang kredit ePenjana pada pautan di bawah ini.
Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Sedia Untuk Ditebus Bermula Hari Ini
Tealive Tampil Jual Set DIY Minuman ‘Bubble Tea’ Berharga RM150
8 Air Tealive Yang Perlu Anda Cuba Seperti Yang Dikongsikan Oleh ‘Tearista’ Mereka