Bagi seorang ejen jualan kereta, situasi ini bukanlah perkara asing, malah sudah menjadi ‘makanan’ harian mereka.
Namun, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, realiti pahit yang jarang diketahui orang ramai adalah nilai komisyen yang diterima mereka sebenarnya tidaklah semewah yang disangka.
Rintihan ini telah dimuat naik menerusi grup Facebook automotif tempatan yang meminta pembeli untuk tidak meminta hadiah percuma yang melampau dari seseorang penasihat jualan.
“Kepada pembeli Mazda 3 1.5L Tolong jangan minta lebih-lebih utk freegifts. Dah lah minta pinjaman penuh,” tegasnya yan dipercayai pinjaman penuh selalunya perlu melalui proses yang merumitkan dan berpotensi tinggi untuk ditolak oleh bank.
Dakwanya, apa yang penasihat jualan berikan sebagai free gift itu sudah lebih daripada yang sepatutnya buat pelanggan tersebut.
Dia berkongsi realiti sebenar di mana terkadang sampai tahap penasihat jualan itu terpaksa keluar duit sendiri untuk memenuhi permintaan pelanggan yang bermacam ragam.
Realitinya komisen jualan kereta bukanlah banyak seperti yang dijangkakan oleh orang ramai dan ia bergantung dengan model tertentu sahaja yang mempunyai tawaran komisen yang tinggi.
Hantaran individu terbabit telah mendapat pandangan yang bercampur-baur dari netizen.
Sebahagian netizen mengkritik teruk terhadap penasihat jualan yang menjanjikan bulan dan bintang sewaktu membuat pembelian namun lain pula jadi di dalam realiti.
“Time nak close sale bukan main janji macam2..alih-alih komisen sikit la ape la.”
“Kalau tak nak bagi free gift tak payah la dok janji macam2, nak bagi free gift konon nak suruh orang beli kete dia jual la tu.”
“Masa survey, SA kata kasi full tank, Masa ambil kereta, kuantiti minyak berada di bawah paras setengah daripada meter. Tengok SA tadi, dia kata dah bagi half tank dah bagus dah,” keluh seorang lagi.
Sementara yang lain berpendapat, para pembeli pun haruslah rasional dengan tidak mengharapkan hadiah atau istilah mudah iaitu gula-gula. Cukup sekadar terima seadanya asalkan kereta berjaya dihantar ke tangan pemilik dalam keadaan baik.