Altimet sudah nekad untuk fokus kepada usaha untuk bantu rakyat yang memerlukan khidmatnya selaku wakil rakyat yang diberikan mandat.
Altimet sudah meninggalkan dunia glamor dan atas panggung kerana dia mahu memberikan yang terbaik ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
Siapa sangat seorang penyanyi rap mampu menjadi wakil rakyat? Itu telah dibuktikan oleh Altimet sebagai bukan sesuatu yang mustahil.
Penyanyi yang terkenal dengan lagi Amboi itu mengakui bahawa, tugas sebagai wakil rakyat benar benar kena dengan jiwanya. Jadi dia tidak begitu kisah jika tidak menyanyi. Walaupun mengakui beliau masih aktif mencipta lagu.
“Tugas wakil rakyat memang kena dengan naluri saya yang pada masa ini kerana saya suka membantu rakyat,” tegas Altimet lagi.
Bercakap kepada Mstar Online, Altimet mendedahkan kini dia tidak menerima tawaran menyanyi kerana ramai sudah tahu dia seringkali menolak tawaran sedemikian.
Salah satu cara dia menolak adalah dengan meletakkan harga yang tinggi kepada mereka yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai penyanyi.
Altimet dipilih menjadi DUN Lembah Jaya dalam pilihanraya umum ke-15 yang lalu. Ini setelah dia meraih 26,298 undi rakyat menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional yang hanya memperoleh undi 19,620.
Kini Altimet benar benar komited untuk bantu rakyat yang memerlukan terutama sekali di kawasan DUN beliau.