Peminat Malique dan Altimet pasti sudah khatam dengan perseteruan di antara tokoh hip hop ini. Tetapi tahukah anda, sewaktu Altimet mahu bersara daripada industri muzik, antara orang yang menasihati beliau untuk jangan berhenti adalah Malique.

Perkara ini didedahkan sendiri Altimet atau lebih dikenali sebagai Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad di dalam salah satu bual oleh BorakLAH yang diacarakan oleh Hans Abdullah, Bryan Chin dan Prakash Daniel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebenarnya korang tahu siapa minta jangan berhenti? Malique call, Malique cakap ‘bro, aku rasa kau tak patut berhenti. Aku fikir ia adalah satu kesilapan. Jangan buat kesilapan yang sama yang aku buat. Aku berhenti kemudian aku nak mula semula sangat sangat sukar’,” kata Altimet.

Tetapi melalui perkongsian Altimet, dia memang meletakkan sasaran untuk bersara. Tambahan lagi, dia merasakan bahawa dia sudah mencapai pelbagai kejayaan sepanjang bergelar seorang artis.

“Jadi ia sudah di luar jangkaan, seperti dari segi kreatif, dari segi pengiktirafan industri, dari segi penjanaan hasil. Segala-galanya di luar jangkaan. kita bercakap 10 kali ganda apa yang saya impikan. Dari 500 ringgit punya persembahan sehingga dapat jana 7 angka setahun,” katanya di dalam bual bicara bersama Boraklah.

Untuk rekod, selepas bersara dari dunia hiburan, Altimet telah masuk ke dunia politik dan bertanding di Pilihan Raya Negeri yang lalu. Beliau berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi.

Sepanjang berada di dalam dunia hiburan, Altimet telah mencapai pelbagai kejayaan antara yang diingati ramai adalah Persembahan Terbaik menerusi lagu Amboi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke-32 pada 11 Februari 2018.