Penyanyi, komposer merangkap wakil rakyat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Altimet telah berkongsi tentang jumlah pendapatannya sebagai wakil rakyat dalam sebulan.
Altimet atau nama sebenarnya, Syed Abdul Rahman Al Hadad merupakan salah seorang ADUN di Selangor.
Ini selepas dia memenangi pilihanraya kerusi ADUN Lembah Jaya dalam PRN 2023 yang lalu.
Nama Altimet bukannya asing dalam industri hiburan tanah air. Banyak kejayaan yang sudah dicapainya.
Dan kini dia masih aktif berkhidmat sebagai wakil rakyat. Altimet terbuka untuk berkongsi tentang pendapatannya.
Dalam satu siaran podcast, dia mendedahkan bahawa gaji bersih seorang wakil rakyat selepas dicampur elaun adalah sekitar RM16,000 sahaja.
Altimet juga menyatakan bahawa: “Jika tidak silap, di Malaysia, kalau ranking 3 tertinggi untuk gaji ADUN, Selangor antara yang tertinggi.”
“Di Selangor, kalau dicampur gaji kasar dengan elaun, maka gaji bersih boleh dapat RM16,000.”
Bercakap tentang perkhidmatan pemandu peribadi. Altimet merasakan bahawa khidmat mereka sangat membantunya dalam urusan seharian.
Lagipun memang ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan ianya wajib untuk digunakan.
“Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja. Jangan sampai tak ada pemandu, kalau tidak, nanti bos akan tanya,” tegas beliau – menurut laporan mStar.
Selain itu Altimet juga menikmati insentif sama seperti kakitangan kerajaan yang lain termasuk kemudahan membuat pinjaman untuk membeli rumah, kereta dan sebagainya.