Setiap gamer sedia mengimpikan memiliki karakter dari tokoh atau atlet sebenar di dalam permainan video yang mereka minati kerana menjadi satu kebanggaan dan juga pencapaian yang gempak.

Jika terdahulu, kita sedia menerima karakter Badminton Malaysia iaitu Dato’ Seri Lee Chong Wei hasil berkolaborasi dengan permainan mudah alih Honor Of King, kini giliran lagenda Mokhtar Dahari di dalam permainan efootball pula.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh peminat di pelbagai media sosial yang mana rata-ratanya sangat teruja kerana akhirnya lagenda Mokhtar Dahari dimasukkan ke dalam permainan mudah alih popular menjadi kenyataan.

Konami Angkat Ikon Bola Sepak Malaysia, Tampilkan Karakter SuperMokh Yang 'Overpower'
Sumber Gambar: Threads

Pihak Konami telah menampilkan watak legenda bola sepak negara, Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari, yang dikenali dengan gelaran ‘SuperMokh’. Disini karakter beliau dilabel sebagai pemain kad Epic (National Legends).

Konami Angkat Ikon Bola Sepak Malaysia, Tampilkan Karakter SuperMokh Yang 'Overpower'
Sumber Gambar: TikTok

Karakter beliau ditempatkan di posisi Penyerang Tengah (CF), dengan penarafan maksimum yang tinggi, dilaporkan boleh mencecah sehingga 101.

Beliau direka untuk mencerminkan kekuatan sebenar beliau di atas padang, menonjolkan kebolehan sebagai ‘Goal Poacher’ yang terkenal dengan kekuatan rembatan, kepantasan, dan penyudah yang tajam. Kad beliau boleh didapatkan melalui pembelian pek di platform mudah alih dan PlayStation.

Karakter Mokhtar Dahari dikategorikan sebagai kad “Epic” dengan penarafan maksimum yang sangat tinggi (dilaporkan boleh mencapai 101), menonjolkan beliau sebagai salah seorang penyerang terkuat dalam permainan.

Kemunculan Mokhtar Dahari dalam eFootball merupakan sebahagian daripada kempen untuk menampilkan legenda bola sepak negara dari Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain.

Anda yang berminat boleh mendapatkan karakter lagenda ini sama ada dengan membelanjakan 900 coin atau lebih berbaloi beli pek tersebut pada harga RM2.90 sahaja.

Sebagai makluman, SuperMokh bukan sekadar pemain prolifik, tetapi seorang ikon yang kemahiran dan auranya di atas padang telah menyatukan negara dan meletakkan nama Malaysia setanding dengan kuasa bola sepak antarabangsa dan kini mendapat pengiktirafan di mata dunia permainan video pula.

@honeybahulu

What a spectacular night from Supermokh! He scored all 4 goals in the eFootball Division League. #honeybahulu #efootball #mokhtardahari #supermokh #malaysia 🇲🇾⚽️💪

♬ original sound – honeybahulu – honeybahulu

@pesdkchannel_yt

Mokhtar Dahari Epic 101 Rated | Goal Poacher | eFootball 2026 Mobile #mokhtardahari #efootball2026mobile #efootball2026 #supermokh

♬ nhạc nền – m85 🧸 – 🧸M85