Pada hujung minggu lalu, tular isu mengenai majlis perkahwinan Neelofa bersama jejaka pilihannya, PU Riz yang didakwa tidak mematahi SOP dan pasangan ini turut disahkan berada di Langkawi atas urusan kerja.
Akan tetapi, hasil siasatan netizen mendapati bahawa tiada pembukaan cawangan baharu Chatime seperti diumumkan pihak Chatime sekaligus membuatkan netizen berang dan persoalkan tindakan pihak syarikat tersebut untuk ‘backup’ Neelofa dan pasangan.
Lantaran itu, syarikat minuman Tealive telah memuatnaik beberapa ciapan di Twitter yang menimbulkan tanda tanya kepada netizen. Mana tidaknya, ciapan tersebut seolah-olah ‘troll’ syarikat pesaingnya, Chatime berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.
https://twitter.com/TealiveMY/status/1377092261784084480
https://twitter.com/TealiveMY/status/1377094058976321536
https://twitter.com/TealiveMY/status/1377249439232913410
Perkongsian-perkongsian daripada syarikat Tealive ini telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut bersama ‘troll’ dengan mengatakan mahu membuka cawangan Tealive di tempat mereka agar dapat merentas negeri.
https://twitter.com/frzaysh/status/1377183042960154626
I see you guys on a tear lately mocking your rival. Carry on.
*slurping boba* https://t.co/fSew6LCQud
— ghastly (@Ghastlylad) March 31, 2021
Setuju.. rasa macam lama tak pergi Pulau Perhentian. Boleh buatkan Chomb surat tak.. nak pergi survey lokasi kat sana
— ChomBie 🇵🇸 (@ChomBieTanjung) March 31, 2021
Pastinya isu Neelofa dan pasangan ini sedikit sebanyak membuatkan orang ramai berasa marah dan kecewa. Mana tidaknya, ramai tidak dapat merentas negeri berjumpa keluarga tersayang tetapi hal begini terjadi membuatkan ramai berasa tidak puas hati. Apa pendapat anda akan isu ini?
Buat anda yang terlepas berita berkaitan Neelofa dan pasangan, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi
Dakwa Tidak Patuh SOP, Polis Sedia Buka Kertas Siasatan Penganjur Majlis Neelofa Dan PU Riz