Pasti anda pernah menghadapi situasi di mana kawan secara tiba-tiba menanyakan kata laluan WiFi yang digunakan namun terlupa kerana lama tidak mengisinya. Oleh itu, Apple telah memberikan solusi terbaik dalam memudahkan anda kongsi kata laluan WiFi bersama pengguna lain.

Anda terlebih dahulu perlu mengemas kini sistem operasi iPhone kepada versi iOS 16 sebelum boleh membuat perkongsian kata laluan dengan mudah. Sekiranya sudah dikemas kini, boleh ikuti tips di bawah untuk ccara mudah kongsikan kata laluan WiFi kepada pengguna lain.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara kongsi password WiFi dari iPhone kepada pengguna lain

1. Pertama sekali, pergi pada bahagian tetapan WiFi  dan klik simbol di sebelah rangkaian jika WiFi anda sudah disambungkan.

2. Pada bahagian menu rangkaian, anda bakal dipaparkan dengan kotak kata laluan pada WiFi yang sedang digunakan.

3. Tekan pada kata laluan untuk melihatnya yang mana anda perlu terlebih dahulu memasukkan kod laluan iPhone atau pun mengimbas wajah sebelum boleh melihat kata laluan sebenar.

Sumber Gambar: Apple

4. Setelah itu, barulah anda boleh menyalin kata laluan dengan klik pada kata laluan sehingga terpapar butang Copy.

kongsi kata laluan wifi
Sumber Gambar: Apple

5. Tekan butang Copy untuk menyalin kata laluan dan boleh tampalkan pada mana-mana aplikasi atau mesej kepada mereka yang berkenaan.

kongsi kata laluan wifi
Sumber Gambar: Apple

Dengan langkah ini, kini anda boleh kongsikan kata laluan WiFi dengan mudah kepada pengguna lain yang mahu turut menggunakan WiFi yang sama. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai mengetahui teknik mudah ini apabila mahu berkongsi kata laluan kepada kenalan masing-masing kelak.

Sumber