Perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang menjanji keuntungan setiap masa. Ada ketika peniaga terpaksa menanggung kerugian kerana tidak mendapat sambutan pelanggan.
Baru-baru ini netizen persoal tindakan seorang peniaga membuang sebalang air coklat yang tidak laku ke dalam sungai berhampiran.
Baca Juga:
- Tidak Selamat, Trend Peniaga Jual Air Balang Guna Akuarium Ini Undang Kerisauan Netizen
- Netizen ‘Risau’ Lihat Peniaga Bazar Ramadan Ini Guna Akuarium Untuk Isi Air Balang
- Letak Tin Susu Bersama Air Balang, Taktik Pemasaran Peniaga Ini Buat Netizen ‘Seram’
Ramai warganet tidak bersetuju dengan tindakan peniaga itu kerana ia mencemarkan sungai berkenaan.
“Beginilah nasib peniaga air balang, orang tengok kita jual banyak untung tapi orang xtahu realiti sebenarnya 🥲”
Kredit : Farish pic.twitter.com/NE3nUy1GaW
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 3, 2024
Netizen persoalkan mengapa peniaga tidak sedekahkan sahaja air balang tersebut kepada orang-orang di kawasan setempat.
Ada netizen mencadangkan sekiranya ada makanan atau minuman tidak habis boleh tinggalkan saja di surau atau masjid untuk dihabiskan oleh jemaah yang datang.
Kemudian timbul persoalan di kalangan netizen — adakah ini konten semata-mata? — kerana kelihatan ais di dalam balang tersebut masih belum cair lagi.
Tapi kenapa buang kat situ. Memang Peniaga akan buang mcm tue ker?
Sebaiknya sedekah.
— The Tortured Poets Department (@_aimansofficial) March 3, 2024
Punya lah nk buat content.. aisnya x cair² lg, dia yg mmbazir 😮💨
— Md_imrxn (@D_imrxn) March 3, 2024
If betul expired pun , this is not the right way Disposal . Nak juga buat content untuk mentioned struggle as peniaga . Macam lah orang lain tak ada struggle , everyone fight their own battle . Tuh ikan dalam sungai tu , pun struggle nak hidup , tah tah dah jadi yatim piatu
— izzul amin (@izzulamin_) March 3, 2024
Menurut salah seorang netizen, peniaga tersebut menjelaskan air balang tersebut sebenarnya sudah basi. Air coklat itu tidak boleh diminum dan dijual selepas susu dan serbuk coklat yang digunakan telah tamat tarikh luput.
Bagaimanapun penjelasan itu hanya dibuat di ruangan komen Instagram. Gara-gara penjelasan tersebut tidak disekalikan dalam video, ia telah menyebabkan salah faham kepada semua pihak.
Dekat ig td aku tgok komen katanya susu yg digunakan dah expired..so satu balang tu dibancuh sebab tak perasan susu dan coklat tu dah expired..sebb tu mereka buang..cume tuan posting air balang ni tak mention bab air dah basi tu..
— resitYGterbuang (@kkkcaz) March 3, 2024
Netizen mencadangkan semua peniaga untuk mempunyai asas dalam penyediaan makanan dan minuman untuku mengelakkan pelanggan jatuh sakit akibat keracunan makanan.
Dalam pada itu, netizen turut meminta peniaga untuk belajar cara yang betul dalam melupuskan makanan dan minuman yang sudah basi supaya tidak mencemarkan alam sekitar.