Netizen di AS memulakan gerakan kempen boikot mana mana kedai atau premis perniagaan yang menjemput influencer bernama Big Groove datang ke kedai mereka.

Ramai semakin menyampah dengan influencer Big Groove

Ianya sebagai satu isyarat bahawa netizen sudah menyampah dengan konten dianggap menjengkelkan dan bodoh.

Sebelum ini sudah ramai pelanggan mengadu dan membuat reviu di atas talian bahawa mereka tidak suka dengan cara Big Groove membuat konten.

Namun ada sesetengah premis berpegang kepada prinsip ‘pemasaran yang teruk tetap pemasaran’. Mereka mahu menarik ‘engagement’ daripada konten yang berbaur ‘rage bait’.

Sebagai balasan, netizen menjadikan ‘engagement’ di media sosial itu sebagai satu promosi kepada kempen boikot.

Ramai berpendapat bahawa Big Groove adalah individu yang paling menjengkelkan di internet ketika ini.

Cara Big Groove yang melampau dalam kontennya diaanggap tidak sesuai untuk mempromosikan makanan.

Netizen sudah letih melihat konten yang menjengkelkan dan cringe itu.

Sebagai tambahan, Big Groove memiliki lebih 6.5 juta pengikut di TikTok ketika artikel ini ditulis. Dia antara influencer yang meraih banyak tontonan di platform tersebut.