Netizen geram dengan tindakan sekumpulan ahli konvoi bermotosikal yang menggunakan laluan tol untuk kereta.
Mereka tidak menggunakan laluan khas untuk motosikal. Tindakan mereka itu dianggap menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Ianya mengundang reaksi netizen. Ada yang menganggap ini bukanlah perkara yang mengejutkan, kerana sebelum ini kerapkali kumpulan konvoi bermotosikal ini buat hal menurut mereka.
Netizen mempersoalkan: “Apa tujuan lorong motosikal itu wujud?”
Ada yang mencadangkan: “Ambil tindakan tegas ke atas mereka, saya pun pengguna motosikal, masih lalu di lorong tepi plaza tol khas motosikal. Hormati undang undang.”
Netizen menganggap golongan ini sebagai mementingkan diri sendiri.
@mediaselangor TULAR ‼️ Rakaman sekumpulan penunggang motosikal ‘berkonvoi’ menggunakan lorong tol berbayar Touch ‘n Go dan MyRFID di sebuah plaza tol hari ini. Tindakan kumpulan konvoi itu mengundang kritikan warga maya dengan rata-rata menyifatkan ia menyusahkan pengguna kenderaan lain. Malah, ada yang menyindir seolah-olah penunggang motosikal teringin membayar tol selain meminta pihak berkuasa memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) dan mengenakan tindakan tegas terhadap kumpulan itu. Bagaimanapun, setakat kandungan ini dimuat naik, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian terbabit termasuk lokasi sebenar. #MediaSelangor #ViralMalaysia #PlazaTol
Dan ada juga golongan yang seringkali terlibat konvoi bermotosikal akui malu melihat keadaan itu.
“Saya yang selalu konvoi ini pun rasa malu melihatnya. Ikut peraturan mudah,” tulis netizen itu.
Kemudian yang lain berkata: “Dah bagi laluan percuma, nak ikut laluan ‘berbayar’. Jangan sampai kerajaan betul betul suruh motosikal bayar tol nanti.”
Seorang lagi menyindir: “Jangan tengok sisi negatif sahaja, cuba tengok sisi positifnya, langsung tak ada.”
