Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ berkongsi satu hantaran video di mana ambulans milik badan kebajikannya telah diiringi konvoi pemerintah tertinggi negeri Selangor.

Tiga polis trafik yang sedang mengiringi DYMM Sultan Selangor membuat keputusan segera untuk membawa ambulans dalam perjalanan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, semasa ambulans sedang rapat ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi tersebut, salah seorang polis trafik segera menghampiri ambulans dan memintanya ikut dua lagi polis trafik yang berada di hadapan.

“3 outriders motor besar trafik dengan cekapnya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulans. Mereka iringi dari Simpang Jalan Semantan sehingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke IJN.

“Kami terharu dengan usaha baik ini. Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulans malah memudahkan ia bergerak lancar semasa kesibukan lalu lintas di pagi hari,” ujar Uncle Kentang dalam satu hantaran Facebook.

Facebook rasmi ‘Selangor Royal Office’ mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku semasa konvoi DYMM Sultan Selangor dalam perjalanan menuju ke Istana Negara baru-baru ini.

Orang ramai yang menonton video itu memuji dan mendoakan seluruh pihak terlibat dalam konvoi DYMM Sultan Selangor pada waktu itu dilimpahi rahmat kerana menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang sedang dalam kecemasan.

Semoga tindakkan ini akan dicontohi konvoi-konvoi VVIP lain apabila berlaku situasi yang sama pada masa akan datang.

Sumber Gambar: Facebook Kuan Chee Heng
Sumber Gambar: Facebook Kuan Chee Heng
Sumber Gambar: Facebook Kuan Chee Heng

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Di Jepun, tiada yang lebih penting semasa di atas jalan raya termasuklah Maharaja negara itu sendiri apabila terdapat kenderaan-kenderaan berbunyi siren dalam kecemasan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kisah Konvoi Maharaja Jepun Berhenti Untuk Beri Laluan Kepada Ambulans Dalam Kecemasan

Sumber