Sebuah kopitiam terkenal yang terletak di Kuala Lumpur telah mengeluarkan kalendar edisi khas untuk tahun hadapan.

Tetapi apa yang uniknya, kalender tahun hadapan yang sepatutnya untuk tahun 2024, tetapi digantikan dengan 2023A.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jia Kopitiam yang terletak di Danau Kota tersebut mengiklankan kalender edisi khas mereka di Facebook.

Di dalam hantaran yang dibuat, mereka mengalu-alukan pelanggan mereka untuk mendapatkan salinan terbaharu kalendar edisi khas ini.

“Kalendar 2023A kini sudah tersedia! Datang ke sini dan dapatkan salinan anda sekarang. Di tahun 2023A, ia makmur setiap hari.”

Kalendar ini sama seperti kalendar lain yang anda dapati dirumah-rumah orang. Tetapi apa yang uniknya, tahun yang sepatutnya 2024 ditukar kepada 2023A.

Hantaran terbabit kemudiannya tular di media sosial dengan kebanyakan netizen ketawa dengan kreativiti gerai tersebut.

Untuk pengetahuan anda, orang Cina kebanyakannya tidak suka dengan nombor 4 kerana sebutannya dalam bahasa mandarin/kantonis sama bunyinya dengan maksud kematian.