Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan proses pembaikan jalan raya berbahaya di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada laluan yang mengalami kerosakan kritikal.

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengenal pasti keperluan pembaikan bernilai hampir RM4 bilion, petik BERNAMA

Baca Juga:

Bagaimanapun, disebabkan kekangan kewangan, penambahbaikan akan dilaksanakan secara berfasa.

“Kita sudah ada data lengkap mengenai jalan-jalan berbahaya dan keperluan kewangan. Kalau nak baiki semua sekali gus, kita perlukan RM4 bilion. Memandangkan kita tiada peruntukan itu, kita terpaksa lakukannya secara berperingkat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Gawai baru-baru ini.

Kos Baiki Jalan Raya Rosak Seluruh Malaysia Hampir RM4 Bilion
Sumber Gambar: Facebook Alexander Nanta Linggi

Sementara itu, beliau menyatakan penambahbaikkan laluan Gerik-Jeli Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) telah pun dirancang tahun ini.

Ia melibatkan pemasangan 385 lampu jalan dan penandaan garisan jalan untuk meningkatkan penglihatan dan keselamatan yang menelan belanja RM55 juta.

Tambahnya, kementerian telah mengenal pasti jalan raya dalam keadaan paling teruk melalui pangkalan data sedia ada, dengan kerja-kerja pembaikan akan dijalankan berdasarkan keutamaan.

Kita tahu jalan mana yang rosak teruk, dan kita akan utamakan yang itu. Jalan yang rosak tetapi tidak kritikal akan diuruskan kemudian,” katanya.

Kos Baiki Jalan Raya Rosak Seluruh Malaysia Hampir RM4 Bilion
Sumber Gambar: SRAMS.my

Bagi menyokong proses membuat keputusan, kementerian juga menggunakan kaedah Penilaian Keadaan Turapan (PCA) bagi menentukan kawasan yang memerlukan perhatian segera.

Untuk laluan JRTB Gerik-Jeli, PCA telah dijalankan dari 13 Mac hingga 13 Mei, menggunakan teknologi canggih seperti Multi Laser Profiler (MLP) dan Falling Weight Deflectometer (FWD).

KKR pertimbang pasang penghalang jalan raya

Dalam pada itu, kementerian terbuka kepada maklum balas awam untuk memasang penghadang jalan di lokasi berisiko tinggi.

“Kita mengambil kira semua pandangan – daripada orang awam, netizen, dan pihak berkepentingan yang berkaitan. Kita akan menilai setiap cadangan dengan teliti,” katanya.

Sumber