Dengan keadaan krisis ekonomi yang melanda di peringkat global, sejumlah negara terkesan dengan peningkatan kos keperluan asas secara tidak langsung. Jadi, kos barang mentah turut meningkat sekaligus membebankan banyak pihak di luar sana.

Seorang peternak di Jelebu menjadikan pokok ketum ayam sebagai ganti makanan ternakanannya. Tindakan itu dibuat susulan harga dedak ternakan yang naik mendadak sejak awal tahun lagi menurut BuletinTV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pesara kerajaan Jamalludin Mohd Isa, 59, yang menetap di Kampung Kuala Pah di sini, memberitahu dia menternak 250 ekor ayam kacukan kampung dan 115 ekor itik nila selain 14 ekor kambing di belakang rumah.

“Ketika ini dedak berharga RM154 bagi satu guni seberat 50 kilogram (kg). Manakala dedak jagung berharga RM73 bagi satu guni 40 kg.

“Bagi kegunaan makanan ternakan, saya memerlukan 10 guni dedak dan empat guni jagung setiap bulan,” katanya.

Susulan itu, bagi mengurangkan kebergantungan kepada dedak mahal ini, Jamalludin kini giat menanam pokok ketum ayam sebagai makanan alternatif bagi ternakannya.

Katanya lagi, ketika ini 20 batang pokok ketum ayam ditanam tidak mencukupi berikutan ia sangat digemari haiwan ternakan terutama kambing.

“Daun ketum ayam lebih berkhasiat dan mempunyai protein lebih tinggi berbanding rumput napier malah pokok berkenaan mudah hidup.

“Hasil pemerhatian terhadap ayam yang diberi makan daun berkenaan mendapati ia lebih sihat sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada dedak.

“Malah jika ia juga sesuai diberi kepada ternakan ruminan yang memerlukan makanan berkhasiat untuk pembesaran,” katanya.