Kota MADANI merupakan satu bandar yang bakal dibangunkan di Putrajaya yang menekankan kemudahan asas yang menyeluruh dan berpusat untuk kebajikan rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan terkini, bandar baharu yang bakal menjadi mercu tanda baharu negara akan melaksanakan konsep bebas kenderaan.

Baca Juga:

Memetik Malaysia Tribune, Presiden Institut Perancang Malaysia, Datin TPr Mazrina Khalid menyatakan kenderaan masih boleh digunakan. Namun pergerakannya dihadkan di bahagian bawah pembangunan sahaja.

@malaysiatribune

Pembangunan Kota Madani di Presint 19, di sini, bakal menjadi mercu tanda baharu negara dengan konsep bebas kenderaan dan menekankan aspek kemampanan, keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Presiden Institut Perancang Malaysia, Mazrina Abdul Khalid, memaklumkan bahawa projek pembangunan seluas 102.5 ekar ini akan merangkumi 10,000 unit kediaman kuarters kerajaan serta pelbagai kemudahan asas, termasuk sekolah, balai polis, masjid, dewan komuniti, bazar, pusat komuniti dan kemudahan TVET. #malaysiatribune #kotamadani #beritasemasa

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Komuniti Kota MADANI lebih sihat dengan bebas kenderaan
Kota MADANI Zon Bebas Kenderaan, Semua Kenderaan Lalu Bawah Tanah
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

“Kenderaan akan terus masuk ke kawasan bawah tanah sebaik tiba di Kota Madani dan akan diletakkan di kawasan parkir bertingkat bawah tanah yang disediakan iaitu setinggi tiga tingkat.

“Di bahagian atas, bermula dari aras podium (aras lima ke atas), semua kawasan adalah zon bebas kenderaan dan dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja,” katanya ketika menyampaikan taklimat teknikal kepada media, di sini.

Menurutnya dengan berjalan dalam radius 10 hingga 15 minit, semua kemudahan harian seperti sekolah, masjid, kedai dan taman boleh dicapai.

Ia sekaligus menjadikan komuniti Kota MADANI lebih sihat, tanpa perlu bergantung kepada kenderaan bermotor, jelas Datin TPr Mazrina.