Pada tahun 2024, satu kes yang dianggap tidak masuk akal berlaku. Ini apabila seorang lelaki berusia 20 tahun dituduh sanggup membelanjakan duitnya membeli tiket kapal terbang merentasi negara, semata mata mahu cuba membunuh seseorang yang mempunyai pertelingkahan dengannya dalam permainan video dalam talian.

Suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa, ‘koyak’ ketika pertengkaran menerusi mikrofon di atas talian, bertindak membawa perkara itu ke dunia sebenar.

Suspek dilaporkan telah menyerang mangsa dengan menggunakan tukul.

Edward Kang, 20, terbang kira kira 1,800 kilometer, dari New Jersey Florida untuk berdepan dengan seseorang yang berselisih faham dengannya secara dalam talian, kata Sheriff Nassau County, New Jersey, Bill Leeper.

Rekod mahkamah menunjukkan dia didakwa dengan cubaan membunuh peringkat kedua dan cubaan pecah rumah.

“Saya hanya mahu katakan ini kes yang pelik… Ada perkara yang anda tak boleh reka cerita,” kata Leeper. “Ada perkara yang buat anda tertanya, ‘Apa sebenarnya yang dia fikirkan?’”

Mangsa, yang tidak didedahkan identitinya, memberitahu pihak berkuasa bahawa dia sedang berehat daripada bermain permainan video apabila dia ternampak Kang berdiri dengan tukul diangkat di atas kepala dalam posisi “hendak memukul.”

Bapa tirinya terjaga selepas mendengar jeritan minta tolong dan mendapati anak tirinya di lantai sedang bergelut dengan Kang di atasnya, kata pihak berkuasa.

“Mangsa dan bapa tiri berjaya melucutkan senjata Kang dan menahannya sehingga anggota kami tiba di lokasi,” kata Leeper.

Timbalan sheriff memberi respons kepada panggilan 911 sekitar jam 2 pagi Ahad dan menemui “jumlah darah yang banyak” di pintu masuk rumah serta bilik tidur mangsa, kata Leeper.

Kang memiliki beberapa rekod jenayah lampau, dan Leeper mengesahkan bahawa dia tidak bekerjasama dalam siasatan.

Siasatan awal menunjukkan Kang hanya mengenali mangsa secara dalam talian, selepas berjumpa melalui permainan fantasi video bernama ArcheAge.

Leeper tidak memperincikan punca pertelingkahan dengan mangsa, yang menurutnya “lebih kurang sebaya” dengan Kang.

Penyiasat berkata Kang memberitahu keluarganya bahawa dia akan terbang untuk melawat seorang rakan yang dikenalinya sejak beberapa tahun lalu.

Leeper berkata mereka mendapati dia menaiki Uber dari lapangan terbang Jacksonville ke sebuah hotel di Fernandina Beach pada Jumaat.

Kang membeli tukul dan lampu suluh di sebuah kedai Ace Hardware selepas tiba di Jacksonville, kata Leeper dengan merujuk kepada resit yang ditemui penyiasat.

Kang dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu yang tidak berkunci, kata pihak berkuasa. Dia memakai pakaian serba hitam, sarung tangan dan topeng, kata Leeper.

Mangsa menerima rawatan kerana kecederaan kepala yang teruk tetapi tidak mengancam nyawa, kata Leeper.

“Apabila suspek ditanya mengapa dia berbuat demikian, suspek menjawab, ‘Dia seorang yang bermulut jahat dalam talian,’” kata Leeper merujuk kepada mangsa.

@inipecintagame

Edward Kang, Pria New Jersey diduga terbang ke Florida untuk menyerang sesama gamer #PecintaGame #Game #ArcheAge

♬ suara asli – iniPecintaGame – iniPecintaGame

Kang juga didakwa bertanya kepada timbalan sheriff berapa lama seseorang akan dipenjara kerana kesalahan pecah rumah dan serangan.

“Saya boleh katakan, Encik Kang, akan mengambil masa yang lama sebelum anda dapat bermain permainan video lagi,” kata Leeper.