Pemain Benfica dan Barcelona dilaporkan terlibat dalam pergaduhan di terowong.
Ini selepas berlaku pertengkaran antara beberapa pihak yang saling meninggikan suara.
Polis dilaporkan bertindak pantas mengeluarkan Raphinha daripada kerumuman pemain Benfica.
Dilaporkan pegawai pegawai Barcelona juga turut membantu Polis menghalang pemain pemain Benfica daripada menceroboh masuk ke bilik persalinan mereka.
🚨JUST IN: There's a big fight going on in the tunnel. The police had to intervene, and remove Raphinha from the Benfica players.
— @MovistarFutbol pic.twitter.com/CfD0Jtfr48
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 21, 2025
Pemain pemain Benfica tidak berpuas hati dengan kekalahan di tangan Barcelona yang menurut mereka tidak adil.
Mereka mendakwa gol terakhir Raphinha seharusnya dibatalkan kerana ada pemain mereka yang dikasari di dalam kotak penalti Barcelona sebelum gol itu terhasil.
Pengurus Benfica melabel pengadil sebagai pilih kasih dan memberikan penalti penalti kepada mereka.
Lage berkata: “Ianya kesilapan besar daripada pengadil pada minit ke-94. Semua media percaya itu adalah penalti.
“Pengadil patut memberikan kami kriteria yang sama seperti Barcelona. Jika dia meniup wisel kepada kami [dan memberikan penalti kepada Barca sebelum ini], dia harus memberikan yang ini juga penalti.”
🗣️ Bruno Lage, entrenador del BENFICA: "Es un error tremendo del árbitro en el minuto 94, todos los medios dicen que es penalti, el árbitro debe tener un criterio similar, si nos pito a nosotros, este también lo era."
HONOR 👏🏻 👏🏻👏🏻pic.twitter.com/TB3TueTmge
— REAL MADRID FANS 🤍 (@AdriRM33) January 21, 2025
Lage juga tidak puas hati dengan kesilapan yang dilakukan pemain pemainnya yang membuat kesilapan. Mereka mendahlui Barcelona dengan margin 2 gol sebanyak 2 kali iaitu pada kedudukan 3-1 dan 4-2. Namun akhirnya kalah 4-5.
Bruno Lage telah memarahi pemain pemainnya ketika membuat taklimat ‘bilik persalinan’ di atas padang.
🚨Bruno Lage dando esporro histórico nos jogadores do Benfica, DENTRO DE CAMPO, após perder de virada para o Barça
🤣Bruno Lage perdeu o grupo no Botafogo após uma entrevista. Imaginem isso
🎥Olha o que esse homem tá fazendo nesse momento pic.twitter.com/ZkbeZbBaBn
— Futebol no Rio (@Futebolnorio) January 21, 2025
Skuad Hansi Flick memenangi salah satu perlawanan paling dramatik dalam sejarah UCL.Barcelona awalnya ketinggalan 3-1 pada separuh masa pertama hasil hatrik Pavlidis dan gol oleh Barca menerusi penalti Robert Lewandowski.
Separuh masa kedua Barcelona merapatkan kedudukan menjadi 3-2 menerusi gol pelik Raphinha selepas penjaga gol Benfica membuat sepakan yang melantun di kepala pemain Brazil itu dan masuk.
Benfica kembali 2 gol di hadapan apabila Ronald Araujo menjaringkan gol sendiri minit ke-68.
Namun selepas itu Benfica melepaskan 3 bolos. Lewandowski sekali lagi menjaringkan gol penalti minit ke-80. Seterusnya Eric Garcia menyamakan kedudukan 4-4 enam minit kemudian.
Pada aksi terakhir masa kecederaan, Raphinha mencetak gol kelima selepas dia menerima bola di garisan tinggi ketika serangan balas.
Raphinha has been HIM this season for Barcelona 💥💫🇧🇷 pic.twitter.com/KAzmxDVphB
— OneFootball (@OneFootball) January 21, 2025
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: