Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal menjalankan siasatan berhubung tular terbaharu membabitkan seorang murid di negeri pantai timur tidak mahu ke sekolah kerana emosinya terganggu selepas didakwa digigit guru.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM mengesan satu hantaran di media sosial berhubung insiden itu dan kini sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook Emma Zaideen

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan kementerian memandang serius terhadap dakwaan berkenaan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut dan jika ada kes sebegitu (murid digigit guru) tindakan sewajarnya akan diambil.

Dalam hal ini, KPM tidak pernah membenarkan ia berlaku dan sentiasa mengambil langkah pencegahan untuk memberi kesedaran kepada murid serta pelajar.

KPM tidak sesekali berkompromi dalam isu seumpama ini ketika diminta mengulas mengenai hantaran tular berhubung seorang ibu yang mendakwa bahawa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru hingga menyebabkan emosi murid itu terganggu.

Hantaran itu tular dan menjadi bualan hangat oleh netizen kerana sangat terkejut dengan tindakan guru terbabit yang bukan sahaja tidak bermoral malah mengganggu emosi pelajar yang menjadi mangsanya.

Perkembangan terkini yang dimuat naik oleh ibu mangsa mengatakan telah berbincang bersama pihak sekolah dan sedia mengambil tindakan tegas terhadap cikgu berkenaan tanpa sebarang kompromi. Bagaimanapun, anaknya pula mengalami trauma yang teruk sehingga takut sekolah dan tidak lalu untuk makan.

Sumber