Baru baru ini seorang pelajar merungut gagal mendapatkan tempat di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Pelajar tersebut kecewa mereka dia mendapat 4.0 PNGK dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau STPM.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Azlinda Azman menafikan terdapat diskriminasi ke atas mana mana calon dalam penempatan pelajar ke mana mana Universiti.

Beliau menjelaskan bahawa, setiap Universiti itu memiliki syarat yang berbeza dan juga jumlah pengambilan pelajar yang berbeza.

Azlinda dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pelajar tersebut mendapat PNKG 4.00 dan markah kokurikulum 9.90, menjadikan merit keseluruhan sebanyak 99.90 peratus.

Namun dari segi ranking keseluruhan, pelajar tersebut berada di kedudukan ke-1,127 daripada 2,291 calon yang layak, sedangkan UM hanya menawarkan 85 tempat dalam kursus perakaunan.

“Walaupun pelajar itu memperoleh PNGK 4.00, namun kedudukannya masih jauh di belakang pemohon yang meraih merit penuh 100 peratus,” tegas Azlinda.

Beliau juga menegaskan bahawa kapasiti pengambila pelajar di Universiti Malaya amat terhad.

Namun begitu, Azlinda memberikan jaminan bahawa, selaras dengan komitmen KPT, semua pelajar yang memperoleh PNGK 4.00 dijamin mendapat tempat pengajian.

Cuma pelajar tersebut tidak berpuas hati menerima tawaran daripada Universiti lain bukannya Universiti Malaya.

Pelajar tersebut didapati memohon kursus perakaunan di Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Calon tersebut dilaporkan berjaya mendapat tawaran di Universiti yang menjadi pilihan kelimanya. Cuma dia berkeras mahu ke UM.

Keputusan UPUonline adalah dijana seterusnya oleh sistem berdasarkan merit yang akan membuat saringan ke atas pilihan kursus oleh calon.

Anda boleh dengar sendiri penjelasan daripada pihak KPT di sini:

@malaysiahot

Bagi menjawab dakwaan seorang calon STPM yang telah membuat pengaduan kepada seorang ahli parlimen, beliau telah berjaya ditawarkan program Sarjana Muda Pengurusan Dengan Kepujian (Strategi & Organisasi/ Pemasaran/ Kewangan/ Operasi/ Perniagaan Antarabangsa/ Kewangan Islam/ Analitik Perniagaan) di sebuah universiti penyelidikan terkemuka negara yang juga merupakan pilihan ke-5 beliau sendiri. Walaupun beliau mendapat PNGK 4.00 dalam STPM dan markah kokurikulum 9.90 yang menjadikan merit beliau adalah 99.90%. Ranking permohonannya dalam program-program perakaunan yang dimohon adalah seperti berikut: i. UM – permohonan yang layak adalah 2,291 orang dengan seramai 1,127 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,129 dan UM menyediakan 85 tempat untuk diisi. ii. UPM – permohonan yang layak adalah 4,154 orang dengan seramai 1,718 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,724 dan UPM menyediakan 100 tempat untuk diisi. iii. UUM – permohonan yang layak adalah 2,595 orang dengan seramai 1,282 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,288 dan UUM menyediakan 350 tempat untuk diisi. iv. UTM – permohonan yang layak adalah 2,292 orang dengan seramai 1,060 orang memperolehi merit 100%. Calon berada di kedudukan 1,062 dan UTM menyediakan 55 tempat untuk diisi. Dalam hubungan ini, calon telah ditawarkan tempat berdasarkan pencapaian merit dan pilihan program yang dipohon, sama seperti calon-calon yang lain. #UPU #university #online #zambryabdulkadir #UM @ZambryAbdKadir @Ahmad Zahid Hamidi @Kementerian Pengajian Tinggi

♬ original sound – MalaysiaHot – MalaysiaHot