Masihkah anda ingat akan gambar anda dalam majalah sekolah? Jika dahulu, gambar untuk majalah sekolah diambil secara formal dan rekaannya yang ‘dull’ serta ‘old school’ pasti menggamit memori anda.

Zaman sudah berubah, maka majalah sekolah pun seharusnya berwajah baru dan dihasilkan dengan lebih kreatif, betul? Terbaharu, pengguna Twitter @dumbhaji telah berkongsi rekaan gambar kelas ala-ala Netflix untuk majalah sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EjTcTUPUwAEXp0I

EjTcT2WU8AA6gKL

Untuk pengetahuan anda, kesemua gambar ini telah di edit menggunakan Adobe Photoshop. Menurutnya, kelas lain turut edit menggunakan tema yang berbeza seperti ala-ala Spotify, pinterest dan lain-lain.

Lantaran itu, perkongsiannya mendapat perhatian netizen dan rata-rata mengatakan majalah sekolah mereka cukup ‘style’. Ada juga yang berseloroh mengatakan jika dahulu bergambar berdiri di kerusi sekolah sahaja tiada edit seperti ini.

https://twitter.com/bat_butterr/status/1311936079147089922

Sudah semestinya gambar dalam majalah sekolah akan memberikan 1001 kenangan manis apabila anda sudah tamat pembelajaran. Kreatif sungguh kerana pelajar itu sendiri yang edit gambar majalah sekolah mereka.

Apa kata anda kongsikan gambar majalah sekolah anda. Mana tahu dapat berhubung dengan kawan lama ketika zaman belajar anda dahulu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket. Klik sahaja pautan di bawah ini.

Jadikan Gawx Art Sebagai Inspirasi, Lukisan ‘Awesome’ Budak 11 Tahun Ini Buat Netizen Kagum

Wanita Hidang Makanan Dan Tunggu Lelaki Makan Dahulu, Adat Keluarga ‘Ayah Long’ Cetus Pendebatan

Dengar Permintaan Pelanggan, KFC Malaysia Kembalikan Menu ‘Loaded Potato Bowl’ Kegemaran Ramai