Wow, hebat strategi pemasaran jenama donut terkemuka dunia ini. Krispy Kreme mengesahkan mereka akan meletak satu mesin umpama mesin dinamakan ‘Hole In The Wall’ yang akan mengeluarkan donut yang anda pesan di outlet Krispy Kreme di London.

KK

Bermula 21 Mei ini, penduduk di London akan menerima satu flavor baru dari syarikat itu; Nutty Chocolatta. Donut ini akan dipenuhi dengan Nutella di dalamnya yang boleh dibeli menerusi mesin itu pada harga 2 pound (lebih kurang RM12) seketul. Yummy!

enhanced-30623-1462463493-1

Email top secret ini secara ‘tak sengaja’ terdedah kepada umum di mana email itu sepatutnya ditujukan kepada store manager Krispy Kreme di London. Rasanya mereka sengaja buat begini untuk menjadikan email ini viral dan justeru itu lebih ramai akan mengetahui tentang flavor terbaru dan mesin ATM donut mereka ini. Genius!

Nuteella

Perisa itu dikatakan akan berada di seluruh outlet Krispy Kreme di United Kingdom untuk masa yang terhad bermula 27 Mei hingga 4 September 2016. Nampaknya kita mungkin tak berpeluang merasa perisa ini di Malaysia. Tak jadi masalah. Beli saja donut Krispy Kreme perisa original dan celup dalam Nutella. Syurga.

Sumber