Seorang rakyat Malaysia, Jye Alvin Tan yang pernah mencetuskan kontroversi dengan kritikannya terhadap Islam dan video berahinya bersama teman wanita kini secara rasmi menjadi warganegara Amerika Syarikat selepas mendapat suaka politik di negara itu.

Alvin Tan, yang sebelum ini terkenal kerana posting satira politik, seks dan kritikan terhadap agama Islam, mengumumkan berita ini di laman Facebook miliknya.

Dari Penjara ke Kebebasan di Amerika

Alvin pertama kali menjadi perhatian umum pada tahun 2013 apabila beliau bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee May Ling, menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

 Alvin Tan

Mereka didakwa kerana memuat naik gambar di Facebook yang memaparkan ucapan “Selamat Berbuka Puasa” bersama hidangan Bak Kut Teh, yang merupakan makanan tidak halal bagi penganut Islam.

Catatan media sosial tersebut mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

Hasilnya, Alvin menerima ratusan laporan polis dan ancaman bunuh. Rumahnya didedahkan kepada umum, dia diserang di tempat awam, dan akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Dia didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Penapisan Filem 2002, dengan kemungkinan hukuman penjara selama lima hingga sepuluh tahun.

 Alvin Tan Lari Ke Amerika

Perjalanan Alvin Tan sebagai pelarian bukanlah mudah.

Alvin melarikan diri ke Singapura, kemudian ke United Kingdom, dan akhirnya ke Mexico.

Dari sana, dia berjalan ke sempadan AS-Mexico dan menyerah diri kepada pihak berkuasa Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS.

 Alvin Tan

“Saya tidak mempunyai pasport atau visa. Saya di sini untuk memohon suaka kerana saya dianiaya di negara asal saya atas pandangan politik saya,” katanya kepada pegawai CBP.

Dia segera ditahan dan dihantar ke pusat tahanan imigresen selama beberapa bulan sebelum kesnya dibicarakan di mahkamah suaka AS.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menggambarkannya sebagai seorang provokator yang sengaja menyinggung Islam, tetapi hakim yang mengendalikan kesnya tidak bersetuju.

Hakim Lee O’Connor memihak kepada Alvin dan membuka pintu  baru kepada Alvin untuk mendapatkan kad hijau dan akhirnya, kewarganegaraan AS.

Kini, selepas satu dekad hidup dalam ketakutan dan ketidakpastian, Alvin secara rasmi menjadi warganegara AS.

 Alvin Tan

Dalam hantaran Facebook yang penuh emosi, dia berkongsi bagaimana dia tidak dapat kembali ke Malaysia, tetapi dia tidak menyesali keputusannya.

“Amerika memberi saya peluang kedua yang tidak akan saya peroleh di tempat lain. Saya berhutang budi kepada negara ini. Dan dari lubuk hati saya, Tuhan berkati Amerika,” tulis Alvin Tan.