Insiden pelampung milik satu taman tema di iCity telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Ramai mempertikai campur tangan pihak berkuasa.

Bagaimanapun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jelaskan, pihak pengurusan taman tema gagal mematuhi prosedur yang ditetapkan dengan meneruskan operasi walaupun beberapa notis amaran dan kompaun dikeluarkan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik Harian Metro, sebagai respons kepada kegagalan itu, satu Notis Amaran dikeluarkan pada 19 Januari untuk menghentikan segera aktiviti hiburan (Glass Water Slide) mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 Pindaan 2001 Seksyen 6 (1)(a).

“Langkah ini diambil bagi memastikan tiada kerja diteruskan sehingga mendapatkan kelulusan rasmi daripada pihak MBSA.

MBSA kesal dengan insiden yang berlaku. Walaupun notis dikeluarkan, pemantauan semula mendapati bahawa pihak pengurusan masih meneruskan aktiviti hiburan tersebut tanpa kelulusan bertulis dan engkar terhadap arahan yang dikeluarkan.

“Oleh itu, semalam MBSA mengeluarkan Notis Kompaun Engkar Arahan di bawah Akta Jalan, Parit danBangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 121 atas kegagalan pihak pengurusan mematuhi kehendak notis yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kronologi notis amaran MBSA kepada pihak pengurusan
Pihak Pengurusan 'Glass Water Slide' Berdegil, Ini Kronologi Notis Amaran MBSA
Sumber Gambar: Instagram @icitymalaysia

Memetik laporan itu lagi, pada 22 November 2024, Notis Borang F di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dikeluarkan untuk mengarahkan pihak terbabit agar mengemukakan permohonan kebenaran merancang berhubung pemajuan yang dijalankan tanpa kebenaran merancang.

Pada tarikh sama Notis Borang G di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dikeluarkan untuk mengarahkan penghentian segera semua aktiviti pemajuan yang dijalankan tanpa kebenaran merancang.

Notis Borang H di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dikeluarkan pada 23 Januari untuk mengarahkan pemulihan semula tanah kepada keadaan asal selepas pihak terbabit gagal memohon atau memperoleh kebenaran merancang.

Pihak Pengurusan 'Glass Water Slide' Berdegil, Ini Kronologi Notis Amaran MBSA
Sumber Gambar: Sinar Daily

Antara beberapa notis amaran lain yang dikeluarkan adalah Notis Amaran bertarikh 14 November 2024 adalah menghentikan kerja sertamerta dan merobohkan struktur yang tidak mematuhi peraturan di bawah Seksyen 80 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Kemudian notis amaran untuk memastikan papan tanda (dendeng) dipasang sepanjang tempoh kerja pembinaan mengikut Seksyen 82 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Pihak Pengurusan 'Glass Water Slide' Berdegil, Ini Kronologi Notis Amaran MBSA
Sumber Gambar: Get Lost

Serta notis amaran, menghentikan segala kerja pendirian bangunan dan struktur tidak mendapat kelulusan bertulis seperti yang terkandung dalam Seksyen 72 (1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133).

Sementara pada tarikh sama, notis kompaun dikeluarkan mengikut Seksyen 47(2)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), atas kesalahan meletakkan bahan binaan di tempat awam tanpa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah sebarang bahaya.

Sehubungan dengan itu MBSA terus memantau situasi ini dengan lebih teliti.

Sumber