Kru kabin syarikat penerbangan terkemuka negara, Malaysia Airlines berada dalam kelompok 10 kru kabin terbaik di dunia menerusi ranking yang dikeluarkan oleh Skytrax baru-baru ini.
Dalam ranking terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat konsultansi dari United Kingdom itu menunjukkan Malaysia Airline berada di tangga ke-10 manakala Singapore Airlines menjadi kru kabin terbaik bagi tahun ini.
Baca Juga:
- Pekerja ‘Resign’ Antara Punca Penerbangan Malaysia Airlines Tergendala
- Malaysia Airlines Cipta Sejarah, Krew Kabin Pertama Dari Komuniti Orang Asli
- Kru Kabin Malaysia Airlines Diiktiraf Antara Yang Terbaik Di Dunia
World's best cabin crew, 2024.
1. 🇸🇬 Singapore Airlines
2. 🇯🇵 ANA All Nippon
3. 🇮🇩 Garuda Indonesia
4. 🇹🇼 EVA Air
5. ðŸ‡ðŸ‡° Cathay Pacific
6. 🇨🇳 Hainan Airlines
7. 🇯🇵 Japan Airlines
8. 🇹🇠Thai Airways
9. 🇶🇦 Qatar Airways
10. 🇲🇾 Malaysia Airlines(SkyTrax)
— The Spectator Index (@spectatorindex) September 15, 2024
Anugerah Kru Kabin Terbaik mengiktiraf prestasi keseluruhan tertinggi yang ditampilkan oleh kakitangan kabin untuk perkhidmatan yang cemerlang (cth. teknik, kecekapan, perhatian dll), dan ciri-ciri perkhidmatan yang lembut (cth. semangat kakitangan, sikap, keramahan dan keramahan).
Selepas Singapore Airline, syarikat penerbangan dari Jepun iaitu ANA All Nippon Airways berada di tempat kedua manakala syarikat penerbangan milik negara jiran, Indonesia iaitu Garuda Indonesia menduduki tangga ketiga.
MAS mengatasi beberapa syarikat penerbangan terkemuka dunia seperti Emirates yang berada di tangga ke-12 dan Qantas Airways yang berada di tangga ke-16.
Meskipun berdepan dengan masalah gangguan penerbangan yang disebabkan oleh kekurangan jurutera pesawat dan komponen mekanikal, namun perkara ini tidak menghalang kru kabin MAS untuk menunjukkan hospitaliti terbaik kepada pelanggan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata MAS telah mengenal pasti beberapa langkah mitigasi untuk menangani isu ini, termasuk meningkatkan tahap keselamatan pesawat, merekrut tenaga kerja mahir secara agresif, dan memastikan bekalan alat ganti enjin pesawat yang mencukupi dari Pengeluar Peralatan Asal (OEM).
Pada masa sama beliau juga menyebut bahawa tempoh pembaharuan Sijil Pengendali Udara (AOC) syarikat penerbangan akan dikurangkan daripada tiga tahun kepada hanya satu tahun, bermula 1 September dan berakhir 31 Ogos tahun berikutnya, untuk membolehkan audit yang lebih kerap oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).