Pada ketika ini, warga tempatan sedang rancak menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang. Jadi, ramai juga yang mengambil peluang untuk keluar mengunjungi lokasi-lokasi menarik di sekitar Kuala Kumpur secara khususnya.
Namun, wujud isu pula apabila salah satu lokasi popular di tengah ibu kota iaitu KLCC dipenuhi dengan warga asing sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat kita. Mereka merasakan tidak selamat lagi di samping menggelarkan ia sebagai Dhaka.
Di samping itu, warga tempatan turut mendakwa hampir 90% warga asing mendominasi di jalan-jalan dan lokasi di sekitar Kuala Lumpur ketika sambutan Tahun Baru Cina.
@mr_suka_latte
@fzlmrd Tell me you are in KL without telling me you are in KL lols #fypシ
Tidak hanya di sini, bahkan ada yang melaporkan perkara ini turut terjadi di lokasi lain seperti Genting Higland dan banyak lagi.
@aktamillzz Genting Cable Car ride 2024 #gentinghighlands #aktamillzz #schoolholiday2024
Susulan pendedahan itu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh netizen terhadap isu terbabit. Majoritinya mahu pihak berkuasa membuat pemantauan dan menjejaki warga asing yang tidak memiliki permit.
Ada juga meluahkan kerisauan tingkah laku warga asing yang sedia diketahui tidak menjaga kebersihan dan gemar membuat onar seperti masuk ke kawasan larangan dan seumpamanya.