Semalam Expat City Ranking 2018 telah mengeluarkan senarai bandar terbaik untuk didiami oleh ekspatriat atau warga asing yang datang bekerja di sesebuah negara. Kuala Lumpur berada di tangga ke-6 selepas Bangkok.
13 kriteria digunakan untuk menjalankan kajian yang melibatkan pekerja warga asing di seluruh dunia. Kriteria ini termasuklah kualiti hidup, kualiti dan persekitaran pekerjaan, kewangan dan perumahan. Melalui kriteria ini, beberapa buah bandar akan disenarai pendekkan kepada 73 buah bandar terbaik dan selebihnya menjadi bandar yang kurang baik.
Hasil kajian mendapati Taipei telah terpilih sebagai bandar terbaik untuk warga asing menetap dan bekerja diikuti oleh negara jiran, Singapura dan seterusnya Manama di Bahrain. Jeddah, Riyadh, Rome, Stockholm, London, Paris, Dublin, Stuttgart dan Milan disenaraikan sebagai 12 negara terakhir dalam 72 bandar terbaik disebabkan faktor kewangan dan harga rumah yang agak tinggi di bandar tersebut.