Walaupun platform TikTok sering dikaitkan dengan hiburan, sebenarnya tidak kurang juga dengan sisi positif yang boleh didapatkan menerusinya seperti menjejak ahli keluarga atau sahabat yang sudah terpisah lama.
Baru-baru ini, seorang wanita menerusi akaun TikTok @babysayang952 telah berkongsikan sebuah video yang cukup menyentuh hati apabila dia dapat bertemu semula ibu kandungnya yang sudah berpisah sejak 29 tahun lamanya.
Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat bersalaman dengan ibu kandungnya kemudian masing-masing berpelukan dengan erat buat kali pertama selepas berpisah sejak sekian lama.
@babysayang952 selepas 29 thun akhirnya dpat berjumpa dengan ibu kandung..terima kasih kepada semua yg membantu nk mengenali ibu sye ☺️#fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #kuasaviral #xybca
Ekoran sudah berpisah hampir 3 dekad, kedua-dua mereka dilihat gagal menahan sebak lalu si ibu terus menenangkan anak perempuannya.
Sebelum itu, tular video yang dimuat naik oleh wanita yang sama pada tiga hari lalu bertanya kepada netizen di TikTok berhubung seorang wanita yang didakwa sebagai ibu kandungnya.
Dengan berbekalkan gambar dan nama, misi pencarian berjaya menjejaki sosok wanita itu dengan bantuan netizen dari platform TikTok.
“Saya mencari orang yang berada di dalam gambar ni. Siapa mengenali beliau boleh tolong chat. Saya mencari mak kandung saya. 29 tahun tak pernah berjumpa..
“Selama ni tak ada kekuatan nak cari.. sekarang baru ada kekuatan. Saya tahu benda ni akan menyakitkan diri sendiri.. saya cuma ingin berjumpa walau sekejap,”tulisnya.
Selepas pertemuan kedua-dua insan berkenaan, beberapa gambar lain turut dikongsikan yang memperlihatkan suasana cukup kerana ramai ahli keluarga yang lain turut meraikan momen yang cukup bermakna itu.
“Ni kita belanja gambar pula.. apa pun yang terjadi, benda yang lepas kita buka buku baru.. seburuk apa pun kita silam mak kita.. kita kena terima,” kongsinya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komentar, netizen turut bersyukur dengan pertemuan wanita tersebut bersama ibu kandunganya setelah sekian lama terpisah.
Sebahagian netizen kini mula menyedari bahawa platform media sosial sebenarnya boleh digunakan untuk perkara kebaikan seperti peristiwa jejak kasih anak bersama ibu kandungnya ini.