Bengis juga muka kapten kapal ini. Kucing Parsi ini sudah menjadi ‘kapten’ kapal sejak tahun 2008 dan turut ‘bekerja’ sama seperti pekerja lain di sebuah kapal cruise di Russia.
Tetapi kucing ini bukanlah kapten kapal sebenar cruise ini. Vladimir Kotin, kapten sebenar kapal cruise ini sentiasa memastikan kucing ini bersama beliau setiap kali perjalanan dari Moscow ke St. Petersburg.
Seperti anak kapal yang lain, kucing ini akan bertugas ‘menjaga’ kapal dari 12 tengah malam sehingga 4 pagi. Dedikasi betul kucing ini! Aksi kucing ini jugalah yang menarik pelancong untuk terus belayar menggunakan cruise ini yang berharga sekitar USD450 untuk sesuatu perjalanan.
Tetapi kucing bengis ini tidak berseorangan dalam kapal ini. Ada seekor lagi kucing yang lebih muda turut bertugas dalam kapal ini. Tetapi beliau cuma sailor biasa disebabkan beliau muda dan malas sedikit. Kerja tidur sahaja. Patutlah tak dapat naik pangkat jadi kapten.
Comel betul kucing-kucing ini. Anda pun boleh apply perkara ini untuk bisnes anda. Boleh ambil kucing comel sebagai ‘penjaga’ kedai anda. Beri ikan yang segar sebagai upah kerja mereka. Best kan?