Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan barisan kabinet baharu setelah runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan awal bulan ini. Apa yang menarik kali ini, tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan, tetapi Muhyiddin bakal dibantu oleh empat menteri kanan.

Apa yang lebih menarik adalah pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai  YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Rata-rata rakyat Malaysia menyokong pelantikan ini, termasuklah Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan.

Pelantikan ini disambut baik oleh Dr. Zul sambil meminta orang ramai agar mendoakan beliau dapat menjalankan tugas dengan baik bagi membawa negara ke legasi seterusnya.

collage

Namun terdapat satu golongan dikatakan kurang senang dengan pelantikan Dr Zul sebagai Menteri Hal Ehwal Agama. Mereka adalah golongan anti-vaksin. Satu golongan yang menolak suntikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook ini menunjukkan betapa mereka kurang senang dengan pelantikan Dr Zul. Namun tiada alasan yang diberikan.

Sejurus selepas perkongsian ini dimuat naik, ia turut mendapat sokongan daripada beberapa ahli anti-vaksin yang lain. Ada sesetengah daripada mereka yang mempersoalkan pelantikan beliau sebagai menteri Hal Ehwal Agama.

collage1

Rasa kurang senang golongan anti vaksin ini hadir apabila Dr Zul pernah mengeluarkan fatwa ketika beliau menjadi Mufti Wilayah Persekutuan betapa pentingnya untuk memberi suntikan imunisasi kepada anak-anak.

“Ibu bapa dan penjaga yang lalai daripada kewajipan (memastikan anak-anak menerima imunisasi) adalah berdosa apabila anak-anak dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh dielakkan.” Katanya dalam satu kenyataan.

Malah perang di antara Dr Zul dan golongan ini telah bermula dari tahun lalu lagi sejak beliau mengeluarkan fatwa betapa harusnya seorang ibu bapa menyuntik vaksin kepada anak-anak dibawah jagaan mereka.

Dalam masa yang sama, seorang pengguna Facebook, Shiddiq Batunam telah menulis satu surat terbuka untuk bekas mufti Wilayah Persekutuan. Dalam suratnya, beliau mengucapkan tahniah kepada Dr Zul ke atas lantikan di dalam kabinet baharu.

Sambil menekankan betapa pentingnya ilmu agama di ajar secara terus menerus sejak dari kecil sehinggalah dewasa, Shiddiq juga memohon kepada Dr Zul agar meneruskan perjuangan untuk memberi kesedaran kepada golongan anti-vaksin.

Beliau menambah bahawa kesan kepada gerakan anti-vaksin ini akan menyebabkan indeks umur hidup seseorang rakyat Malaysia itu pendek. Manakala bayi-bayi pula terdedah kepada bahaya sejak kecil lagi.

“Serangan anti-vaksin terhadap masyarakat sangat dasyat sehinggakan ada diantara mereka sanggup membiarkan anak sakit tidak dirawat dan menyerahkan bulat-bulat pada takdir tanpa sabarang usaha mengawalnya.” Katanya.

Bagi beliau, gerakan ini hadir daripada kalangan orang-orang yang menafikan hak akal walaupun mereka memahami agama dan meletakkan Islam sebagai satu jalan hidup.

Dr Zul dan 29 lagi menteri yang dilantik bakal mengangkat sumpah sebagai menteri pada hari ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikut adalah cerita lain mengenai golongan anti-vaksin, klik pautan di bawah untuk membaca.

Netizen Berang Tindakan Ibu Anti-Vaksin Ini Mahu ‘Discharge’ Anak Hidap Demam Kuning

Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Pada 2019

Ibu Bapa Akan Didenda RM20,000 Jika Gagal Dapatkan Suntikan Vaksin Untuk Anak-Anak