Terbaharu, video pengenalan kumpulan K-Pop baharu aespa mendapat perhatian ramai. aespa yang bakal membuat kemunculan sulung tidak lama lagi telah didedahkan oleh pengasas SM Entertainment, Lee Soo-man.

Menurut Lee Soo-man, aespa akan menampilkan ahli yang terdiri daripada manusia biasa dan juga ahli virtual. Pastinya ini sesuatu yang ‘fresh’ dan tiada lagi kumpulan K-Pop pernah bawa konsep seperti ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, SM Entertainment juga telah memuat naik video teaser temubual Karina bersama virtualnya, ae-Karina. Menerusi video tersebut, mereka telah berkongsi detik pertemuan pertama dan cara mereka berhubung antara satu sama lain.

Menerusi video tersebut juga Karina ada menyebut akan kehadiran Navis yang membantu mereka berdua berhubung. Melihat video-video yang dikongsikan oleh SM Entertainment, konsep yang dibawa oleh aespa ini yang menggabungkan antara dunia nyata dan virtual pasti dinanti-nantikan peminat K-Pop.

Sementara itu, kami mahu kongsikan 5 drama Korea ‘ongoing’ yang anda boleh tonton di rumah pada pautan di bawah ini.

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga