Kumpulan advokasi Justice for Sisters (JFS) dalam tinjauannya mendapati bahawa 38.6 peratus daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia merancang untuk berhijrah atau mencari suaka di negara lain disebabkan meningkatkan sentimen anti-LGBT, lapor Malay Mail.

Selain menyumbang kepada isu ‘brain drain’ di negara ini, penghijrahan kumpulan ini keluar dari Malaysia dilihat merugikan sumber negara kerana kebanyakan mereka adalah golongan profesional, kata pengasas bersama JFS S. Thilaga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, beliau berkata bahawa kumpulan ini mahu meninggalkan negara ini mereka perlu membuat pengorbanan yang besar seperti meninggalkan keluarga, rakan dan orang tersayang yang lain demi untuk menghadapi cabaran berbeza di negara lain.

Bagi beliau, diskrimasi yang dihadapi oleh kumpulan ini telah meninggalkan mereka dengan tidak banyak pilihan selain daripada mencari perlindungan di negara lain.

Bulan lalu, Thilaga mengecam rancangan kerajaan negeri Johor untuk menubuhkan pusat pemulihan untuk kumpulan LGBT, menyamakan terapi tersebut dengan sebuah bentuk penyeksaan.

Rawatan yang terdiri daripada segi psikologi atau kaunseling rohani untuk menukar orientasi seksual seseorang daripada homoseksual atau biseksual kepada heteroseksual, dilihat secara meluas oleh komuniti perubatan dan saintifik sebagai berpotensi berbahaya dan satu bentuk pseudosains.

Amalan itu ditentang dan telah dicabar secara sah, malah diharamkan, di negara seperti Australia, Brazil, Chile, China, Ecuador, Israel, Lubnan, Malta, Afrika Selatan, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber