Analisis oleh Nordic Counter-Terrorism Network mendapati beberapa kumpulan radikal Islam yang berpangkalan di Eropah merancang untuk memindahkan operasi mereka ke Malaysia.
Perkara ini dikongsikan oleh pengarah rangkaian itu, Andrin Raj. Bagaimanapun, beliau tidak mengenal pasti mana-mana kumpulan.
Baca Juga:
- Ferrari Kalah Kes Mahkamah Kepada Syarikat Minuman Tenaga Di Malaysia
- Malaysia Dalam Bahaya, Lebih 1,000 Rakyat Terjebak Dadah Setiap Hari
- Dari Padang Sekolah Ke Pentas Dunia, Bagaimana Program TNB Thunderbolts Lahirkan Bintang Hoki Malaysia
Apa Sebab Kumpulan Radikal Islam Mahu Pindah Ke Malaysia?
Beliau berkata kumpulan radikal Islam asing tertarik untuk bertapak di Malaysia kerana wujudnya ideologi radikal yang berleluasa di negara ini.
“Golongan radikal Islam asing berkumpul di Malaysia kerana mereka menyedari dasar negara yang lemah dalam menentang radikalisme,” katanya kepada FMT.
Tambah beliau, politik yang bertolak ansur atau menerima ideologi radikal mewujudkan tempat selamat di mana pelampau ini boleh beroperasi.
“Bekerjasama dengan agensi perisikan tempatan dan asing tidak bermakna ancaman boleh disekat jika tiada kemahuan politik untuk menangani sikap tidak bertoleransi kaum dan agama yang merupakan sebahagian daripada proses radikalisasi,” katanya.

Raj berkata Islamic State (IS) terus meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Percubaan pembunuhan Pope Francis di Jakarta tahun lepas dan penemuan portal media yang bersekutu dengan IS di Malaysia yang boleh diakses melalui web gelap.