Baru-baru ini, nama Fathia Latiff menjadi bualan ramai apabila dia mencetuskan kontroversi dan Caprice melihat hal itu sebagai lubuk konten podcast miliknya apabila dia memuat naik perbualannya bersama Fathia.
Menerusi podcast itu, Fathia disoal mengapa mencetuskan kontroversi dan membuat provokasi terhadap Aiman dan Zahirah. Fathia menjawab bahawa dia tidak menganggap tindakan itu sebagai satu gangguan.
Baca Juga:
- ‘I Know You Still Love Me’ – Fathia Latiff Dakwa Belum ‘Move On’
- Fathia Kutuk Zahirah MacWilson Macam Bibik Dan Aiman Lelaki Pokai
- ‘Aku Doakan Hidup Kau Jahanam’ – Fathia Latiff Hina Fizikal Dan Buka Aib Zarina Anjoulie Pula
Susulan itu, sebuah video yang memaparkan Fathia memberikan komen terhadap video dimuat naik Caprice mengenai kontroversinya membabitkan pasangan selebriti Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.
Fathia mendedahkan Caprice hanya memuat naik video yang kelihatan dirinya bodoh. Lebih membuatkan Fathia tidak berpuas hati adalah Caprice bertanyakan soalan yang mencetuskan kontroversi dan tidak memuat naik keseluruhan video temu bual tersebut.
@murahrezekiisoofiyya Caprice interview ai.. Kuang aja caprice tu! #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypviral #fypviralシ #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fypdongggggggg #fypdong #fypdonggggggg #fathia #fathialatif #fatiyalatiff #fathialatiffzarinaanjoulie #fathialatifflivegaduh
♬ original sound – MurahRezeki Soofiyya – MurahRezeki Soofiyya
“Dia sengaja tanya soalan, sebab tu makanan dia. Tapi kejap lagi mula lah tanya soalan-soalan anjing. Lepastu, post yang nampak kita bodoh.
“Did he posted the whole interview? Takkan dia cut kan… Kurang ajar Caprice tu. Dia post yang dia nampak okay je. Anjir!” ujar Fathia.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, segelintir netizen beranggapan Fathia ‘kurang sihat’ dilihat daripada gaya dia bercakap.