Sebelum ini, Caprice telah memuat naik klip temubualnya bersama Mondy, wanita bertatu yang ‘diselamatkan’ oleh Ebit Lew dimana dia mendedahkan ‘wajah sebenar’ Ebit.
Terbaharu, Caprice mengatakan bahawa akan mengeluarkan video temubual penuh bersama Mondy di YouTube malam ini dan klip temubual yang baru dimuat naik oleh Caprice pasti membuatkan segelintir netizen tidak sabar mahu melihatnya.
Baca Juga:
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
https://www.instagram.com/p/CxKvrU8yWTg/
Dalam klip temubual yang dimuat naik oleh Caprice semalam, Mondy menceritakan tentang tangannya telah diusap-usap dan mendakwa dirinya disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.
Namun, dia mengatakan dirinya tidak mahu melakukan perkara itu tetapi tetap disuruh berbuat demikian walaupun untuk satu saat.
Sekadar makluman, dia menerima kritikan hebat netizen apabila dia kembali ke imej asal tidak bertudung selepas 2 bulan dibantu oleh Ebit dan pernah mendedahkan bahawa dia menyaksikan kejahatan sebenar pendakwah tersebut.