Sebelum ini tular video pendakwah terkenal, Ebit Lew yang menunjukkan dia memberikan bantuan kepada seorang ibu tunggal bertatu yang tinggal dijalanan ketika dia berada di Indonesia.

Bukan itu sahaja, wanita bertatu itu telah ke Malaysia dan muncul dalam ‘live’ Ebit di TikTok menjual produk iaitu sambal tempoyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@ustazebitlew

Doakan Mondy Jakarta Indonesia#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp #viral

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

@ustazebitlew

Selamat datang ke Malaysia Mondy.Doakan Mondy#ebitlew #fyp #ebitlew #fyp

♬ Kekasihku – Rahmat

Penularan video tersebut telah meraih perhatian netizen Malaysia dan juga Indonesia. Ada netizen mendedahkan bahawa wanita tersebut sebenarnya bukanlah gelandangan tetapi model.

Difahamkan wanita bertatu yang dikenali sebagai Mondy itu bukan sahaja model tetapi Tiktoker yang agak terkenal di Indonesia memiliki lebih 900k pengikut.

Hasil tinjauan ke TikTok wanita terbabit, tiada konten menunjukkan dirinya susah sehingga tidur atas kotak dan sebagainya.

Susulan itu, rata-rata netizen berasa sangsi dengan konten yang dikongsikan oleh Ebit berhubung wanita tersebut.