Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan membeli 0.17 peratus kepentingan dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang bernilai RM98 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, TNB berkata pengurus dana persaraan pekerja swasta itu membeli kepentingan merangkumi 10 juta sahamnya pada Isnin lalu, petik laporan Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia ditambah dengan pengambilalihan 465,000 saham atau 0.01 peratus kepentingan lagi pada hari sama, meningkatkan pegangannya dalam syarikat utiliti nasional itu kepada 904.38 juta atau 15.63 peratus.

Pada hari sama juga, Khazanah Nasional Bhd telah menjual satu blok 10 juta saham TNB.

Penjualan itu menyaksikan pegangan Khazanah di dalam TNB jatuh kepada 23.49 peratus atau 1.36 bilion saham.

Terdahulu, KWSP mengumumkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2023 — di mana pelaburan melonjak lebih 9.44 bilion atau mencecah hampir 40 peratus, berbanding pada tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Sumber