Bintang Real Madrid dan Perancis, Kylian Mbappe anggap Dembele adalah lebih layak memenangi Ballon d’Or akan datang berbanding dengan Lamine Yamal.

Dembele membantu PSG menamatkan musim dengan kejuaraan treble setelah mengalahkan Inter Milan pada final Liga Juara Juara Eropah lalu.

Ousmane Dembele menjadi nadi penting PSG musim ini. Mengambil alih peranan sebagai bintang utama pasukan selepas pemergian Kylian Mbappe ke Real Madrid.

PSG
Kredit Foto: REUTERS/Dylan Martinez TPX IMAGES OF THE DAY

Dembele berjaya menutup mulut pengkritik yang seringkali meragui keupayaan pemain itu.

Lamine Yamal pula membantu Barcelona menamatkan saingan musim ini sebagai juara La Liga dan Copa Del Rey.

Lamine Yamal
FILE PHOTO: Soccer Football – LaLiga – Sevilla v FC Barcelona – Estadio Ramon Sanchez Pizjuan, Seville, Spain – May 26, 2024 FC Barcelona’s Lamine Yamal during the warm up before the match REUTERS/Marcelo Del Pozo/File Photo

Lamine Yamal sebelum itu membantu Sepanyol menjuarai Euro. Dan menjadi salah seorang pemain pilihan memenangi Ballon d’Or.

Kylian Mbappe yang sudah beberapa kali berada di top 3 Ballon d’Or kedengaran akur bahawa dia bukan calon utama untuk pengiktirafan individu itu.

Analisis: Taktikal High Pressing PSG Lemaskan Inter Milan Di Final UCL

Mbappe yang merupakan kapten pasukan Perancis berikrar akan memberikan undiannya kepada Ousmane Dembele berbanding Lamine Yamal.

Ini kerana Mbappe anggap Dembele adalah calon paling layak untuk membawa pulang anugerah berperestij itu nanti.

Mbappe anggap Dembele paling layak

“Saya akan berikan Ballon d’Or kepada Ousmane Dembele. Adakah saya akan mengundi untuk Dembele? Ya!

“Adakah saya perlu menjelaskan lebih lanjut? Jika kita berbincang tentang Yamal atau Dembele, saya akan pilih Dembele.

“Undian saya sangat jelas,” tegas Mbappe yang sebelum ini bertanggungjawab melobi pengurusan PSG agar membeli Ousmane Dembele yang juga kawan baiknya.