Bintang baharu Real Madrid, Kylian Mbappe percaya beliau mampu menjaringkan lebih banyak gol pada musim ini selepas membantu kelabnya melakar rekod menjuarai Piala Super UEFA kali keenam dengan kemenangan 2-0 ke atas Atalanta di Warsaw awal pagi tadi.
Penyerang superstar Perancis itu menunggu beberapa tahun untuk beraksi dengan kelab impiannya dan akhirnya menyertai Los Blancos musim panas kali ini serta meraikan penampilan pertamanya dengan satu gol.
Baca Juga:
Kejayaan itu meningkatkan keyakinannya untuk menjaringkan lebih banyak gol dan beliau kini menyasarkan sekurang-kurangnya 50 gol pada musim ini.
“Kami adalah Real Madrid, kami tiada limit, saya pun tiada limit.
“Jika saya boleh menjaringkan 50 gol, ya saya akan menjaringkan 50 gol. Yang paling penting ialah kemenangan kerana kami mahu menang sebagai satu pasukan.
“Ia satu malam hebat, saya menanti detik ini sudah lama, untuk beraksi dengan menyarung jersi ini, dengan lencana ini, buat peminat ini,” kata Mbappe kepada Movistar, bertutur fasih dalam bahasa Sepanyol.
⚪️🇫🇷 “Can Mbappé score 50 season goals?”.
“Well, he has the quality to score more than this!”, Carlo Ancelotti says. #SuperCup pic.twitter.com/g18GWonGFr
— Official Selhadin (@officialselhadi) August 15, 2024
Mbappe bermula di tengah barisan serangan Madrid, diapit Vinicius Junior di kiri dan Rodrygo di kanan, bayangan kepada perancangan Carlo Ancelotti untuk skuad musim ini.
“Mbappe mempunyai kualiti untuk menjaringkan banyak gol,” kata Ancelotti.
“Di sini kami ada pemain yang terbaik di setiap posisi. Saya gembira dapat menurunkan barisan terbaik dalam skuad yang kami ada. Kami pasti akan meningkat tetapi hari ini adalah satu langkah positif,” tambah Ancelotti.