Bintang Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan sudah menyatakan persetujuan untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada musim panas nanti.

Masa depan pemenang Piala Dunia 2018 itu menjadi tumpuan selepas beliau mengambil keputusan tidak melanjutkan kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Lebih tepat lagi, pada 13 Februari lalu beliau telah berjumpa dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi bagi menyatakan hasratnya untuk meninggalkan pasukan dan menyertai Real Madrid.

Ia sekali gus menyaksikan Mbappe akan menyertai kelab kegemarannya sejak dari kecil itu secara percuma.

Menurut sumber laporan BBC, Kylian Mbappe akan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Real Madrid dengan menerima £12.8 juta semusim dan tambahan £128 juta bonus yang akan dibayar selama lima tahun.

Difahamkan sekiranya pemain tengah veteran, Luka Modric meninggalkan Santiago Bernabeu pada musim panas nanti, Mbappe akan diberikan jersi bernombor 10.

Menyertai PSG pada musim 2017/18 secara pinjaman dengan pilihan pembelian mandatori bernilai €180 juta menyaksikan Kylian Mbappe telah membuat 290 penampilan.

Daripada 291 penampilan tersebut, beliau berjaya meledakkan 244 gol dan mencipta 105 bantuan jaringan dalam semua pertandingan disertai.

Meskipun pelbagai kejayaan telah dimenangi di peringkat domestik dan antarabangsa bersama Perancis, Mbappe masih belum mampu menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Tambahan pula Real Madrid yang dibarisi pemain-pemain berkelas dunia merupakan pemenang terbanyak dalam kancah paling berprestij buat kelab-kelab di Eropah itu.

Sumber