Ini berita yang kurang baik buat anda yang gemar makan makanan di KyoChon. Cawangan restoran KyoChon yang terletak di G Hotel Pulau Pinang akan ditutup tidak lama lagi.

Pengumuman ini dibuat oleh pihak KyoChon Malaysia melalui laman sosial media Facebook mereka. Setelah 3 tahun beroperasi, cawangan restoran tersebut terpaksa ditutup tetapi sebab penutupan tidak diberitahu.

Walaubagaimanapun, cawangan restoran tersebut akan dibuka sehingga 14 Julai 2019 ini. Ini peluang terakhir untuk anda orang Pulau Pinang menikmati ayam goreng Korea di sana.