2 hari lagi sebelum sepak mula La Liga, terdapat beberapa kelab bergelut dengan pendaftaran pemain.
Namun yang paling teruk adalah Levante, di mana mereka hanya memiliki 3 sahaja nama pemain yang berdaftar setakat ini. Di mana 3 pemain tersebut masing masing bermain di posisi pertahanan, tengah dan penyerang.

Levante bukan nama asing untuk peminat Malaysia. Kerana pemain kebangsaan Malaysia, Natxo Insa pernah berbakti di sana.
Situasi ini menimbulkan kebimbangan besar dalam kalangan penyokong kerana Levante bakal menentang pasukan yang sudah lengkap persiapan, sedangkan skuad mereka masih jauh daripada senarai penuh.
Punca utama masalah ini dikaitkan dengan isu kewangan dan had pendaftaran yang dikenakan oleh LaLiga, yang menuntut kelab mematuhi peraturan “fair play” kewangan sebelum melengkapkan senarai pemain.

Jurulatih dan pengurusan kelab kini dalam perlumbaan dengan masa untuk menyelesaikan pendaftaran pemain baharu dan mengekalkan pemain sedia ada sebelum tarikh akhir.
Jika masalah ini berlarutan, Levante berisiko memulakan musim dengan barisan yang tidak lengkap, sekali gus menjejaskan peluang bersaing dalam liga.
Solusi lain adalah menggunakan pemain pemain pembangunan untuk aksi tersebut. Dan ianya sudah tentunya akan memberikan kesan kepada pasukan di atas padang.
Penyokong kini menunggu perkembangan terkini sambil berharap kelab kegemaran mereka dapat mengatasi masalah ini sebelum sepak mula hujung minggu ini.
Sebab Levante bermasalah
Levante berdepan masalah kerana beban hutang yang sangat tinggi. Pada tahun 2023–24, Levante mencatatkan kerugian €12.9 juta dan hutang kewangan sekitar €101.4 juta Sebelum ini, hutang mereka pernah melebihi €100 juta
Pada Mac 2025, Levante memohon prerequest for creditors bagi menyelamatkan kelab daripada muflis. EDR (Edmond de Rothschild), pemegang hutang utama berjumlah €30 juta, menuntut bayaran penuh dalam jangka masa 15 tahun.
Dana peribadi terpaksa digunakan
José Danvila melalui Bizas Capital memegang hutang subordinat berjumlah €17 juta dan sedang menimbang untuk kapitalisasi hutang itu, berpotensi menjadikannya pemegang saham terbesar kelab.

Danvila sendiri telah menyuntik lebih €25 juta dari dana peribadinya ke dalam kelab dan kini sedang mencari pelabur baru.
Masih tiada dana yang disahkan, dengan kelab bergantung banyak pada sumbangan Danvila dan rundingan semula hutang.
Kos operasi dikurangkan
Levante sudah mengambil langkah dengan pengurangan gaji dan operasi – yang dikurangkan sebanyak €15 juta, termasuk pemecatan 135 pekerja.
Projek besar seperti pembangunan Ciudad Deportiva Nazaret dan peralihan ke stadium baru tertangguh kerana kekurangan pelaburan. Kelab seperti Levante sukar menarik pelabur terutama sekali ketika dalam masalah dan juga prestasi di atas padang cukup memberangsangkan.
Hutang besar dan aliran tunai yang terhad menyebabkan kelab sukar mendaftar pemain baru, walaupun sudah menandatangani mereka. Pada awal musim LaLiga 2025, Levante hanya dapat mendaftarkan tiga pemain kerana had kewangan
Penjualan pemain seperti Andres García sebelum ini membantu sedikit aliran tunai, namun tidak cukup bagi menyelesaikan isu membarah.

Rumusan
Rumusannya, Levante terjerumus dalam krisis kewangan akibat hutang besar, tekanan daripada pemegang hutang utama seperti EDR dan Danvila, dan syarat ketat Fair Play Kewangan.
Tambahan pula, kekurangan pelaburan eksternal dan penurunan kos operasi (termasuk pemecatan pekerja) memperlahankan pemulihan. Situasi ini mencetuskan risiko keterlambatan mendaftar pemain dan mengancam kestabilan kelab secara menyeluruh.