Nampaknya trend ini agak random dan ketika ini sedang menjadi kegilaan remaja di Jepun. Trend ini mudah iaitu dengan meletakkan label air minuman Evian dalam casing iPhone anda. Ya, label air Evian yang mahal di pasaran itu.

Dalam beberapa gambar yang dikongsi di laman Twitter dan Instagram, remaja jepun berkongsi ciptaan do it yourself (DIY) mereka menghias casing iPhone mereka dengan memotong label air Evian dan meletakkannya di antara casing plastik dan iPhone mereka. Buat masa ini tidak dapat diketahui bagaimana trend ini boleh bermula dan kenapa ianya menjadi ikutan.

Menarik juga idea untuk hias casing iPhone menggunakan label produk minuman ini. Jimat wang dari anda berbelanja beli casing iPhone yang baru dan semestinya, free advertising untuk jenama air Evian ini sendiri. Anda pun boleh cuba kalau berminat dan boleh lihat gambar-gambar di bawah sebagai inspirasi. Saya nak cuba buat menggunakan label air Coca-Cola.

https://www.instagram.com/p/BHuc54jhXdi/

https://www.instagram.com/p/BKxnZXCDa8b/

https://www.instagram.com/p/BF52X2cu-kJ/

https://www.instagram.com/p/BERDTJyi9_a/?tagged=evian%E3%82%B1%E3%83%BC%E3%82%B9

Sumber