Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila seorang bekas pemain bola sepak profesional, Azmeer Yusof melabelkan kereta Toyota Vellfire yang pernah menjadi miliknya sebagai besi buruk.

Mendakwa pembayaran ansuran kereta yang tinggi, jarang digunakan serta tidak berbaloi untuk disimpan membuatkan beliau memilih untuk menjual Toyota Vellfire beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkongsian beliau walau bagaimanapun telah mengundang pelbagai pertikaian di kalangan netizen yang kurang berpuas hati melabelkan kereta sebagai besi buruk.

Terbaharu, Azmeer Yusof tampil dengan sebuah lagi perkongsian terbaru bagi menjelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya selepas terdapat netizen yang mendakwa beliau sebagai miskin gara-gara menjual keretanya.

Menurut Azmeer, beliau akui beliau sememangnya ‘miskin’ pada ketika ini. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan beliau miskin bersebab iaitu terpaksa menanggung Pusat Pengajian Azmeer Yusof (PPAY), kelas Al-Quran, tanggung segala kos operasi termasuk membayar gaji ustaz dan ustazah.

Selain itu, beliau turut mendedahkan wangnya turut dihabiskan dalam bertahan menjaga ‘rumah Allah’ yang mempunyai hampir 80 orang.

Its not easy untuk bertahan. Pelajar yang datang setiap hari hampir 80 orang. Seandainya saya ‘ tak miskin, ‘ ke mana 80 orang ini hendak belajar Al-quran secara berguru.

Ya benar ada yang memberi sumbangan. Sejujurnya Pusat Pengajian ini tidaklah terkenal seperti tempat-tempat lain. Tempat lain sehari mencecah ratusan RM orang menderma. Kami di sini kadang-kadang sehari hanya RM6 sahaja orang menderma. Sedangkan kos operasi hampir RM6000 sebulan. Tapi saya tak pernah takut. Sebab saya yakin Allah sentiasa ‘ bagi ‘ saya duit untuk tanggung segala kos operasi.

Saya ‘ miskin ‘ tapi saya tak susah dan tak menyusahkan orang. Saya ada rumah sendiri yang bebas dari hutang. Saya ada kenderaan untuk ke mana-mana sahaja. Saya ada kelurga yang mendamaikan. Saya tiada hutang dengan bank mahu pun dengan manusia. Saya ada kawan-kawan yang dekat dengan agama.” ulasnya menerusi perkongsian yang dibuat.

Tambahnya lagi, asbab beliau menjual ‘besi buruk’ beliau yang membolehkan beliau Pusat Pengajian Azmeer Yusof ini.

Perkongsian beliau yang menyentuh hati pelbagai pihak telah meraih sokongan para netizen yang kagum dengan usaha yang dilakukan beliau dalam mengejar saham Akhirat.

Sumber: Facebook Azmeer Yusof
Sumber: Facebook Azmeer Yusof

Tidak kurang juga turut bersama Azmeer yang pelik terdapat pihak yang kecil hati dengan melabelkan kereta sebagai besi buruk.

Setakat ini Azmeer Yusof sudah mempunyai tiga pusat pengajian yang terletak di Alor Setar, Kuala Kedah juga Gombak. Beliau yang tidak sanggup terhadap pelajar yang terdiri daripada kanak-kanak miskin, anak yatim piatu serta golongan warga emas ini memilih untuk berusaha dalam memastikan golongan-golongan ini memperoleh tempat perlindungan dan ilmu secukupnya.