Malaysia memang cukup terkenal dalam pembuatan komponen atau cip canggih untuk syarikat gergasi teknologi seperti Apple.
Jika dahulu pernah tertera label penghasilan di Malaysia pada Mac Mini, kini pengguna internet berjaya mengesan pula satu lagi pengeluaran cip dari Malaysia untuk konsol permainan Xbox Series X versi terbaharu.
Pada gambar yang tular, kelihatan cip pemprosesan berdiameter 6nm yang cukup canggih dengan label ‘Made in Malaysia’ padanya.
Difahamkan dengan kehadiran cip pemprosesan serba canggih dalam masa kompak ini bakal memberikan pengurusan haba yang lebih efisien kerana penggunaan tenaga voltan yang rendah.
XBOX Made In Malaysia? https://t.co/WllbM2sNEC
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) October 16, 2024
Susulan perkongsian gambar yang dikongsikan oleh seorang tech reviewer luar negara ini langsung menarik perhatian para netizen tempatan yang mana rata-ratanya kagum kerana Malaysia menjadi pengeluar cip canggih untuk konsol permainan terkemuka dan ikonik di dalam arena gaming.


Dalam masa sama, ramai juga berseloroh teringin melihat konsol Xbox ini masuk secara rasmi ke Malaysia seperti konsol PlayStation keluaran Sony yang sudah bertapak lama di tanah air kita.
Menariknya, seorang tech reviewer dari Nigeria berkongsi cerita unik bagaimana dia mengenali Malaysia disebabkan oleh Xbox sejak di usia kecil lagi.
Dia mendedahkan pernah ‘membedah’ konsol permainan Xbox miliknya pada suatu ketika dahulu kemudian menemui label buatan Malaysia pada salah satu komponennya.
Hal ini sekaligus membuatkan dia mahu datang ke Malaysia kerana sangat meminati Xbox dan mahu melihat sendiri negara yang membekalkan komponennya.
Siapa sangka dengan hanya membekalkan komponen sahaja boleh mempromosikan negara Malaysia di persada dunia secara tidak langsung?