Kita sedia maklum Apple baru sahaja memperkenalkan beberapa produk baharu baru-baru ini. Siapa sangka salah satu produk yang dilancarkan itu telah dihasilkan di Malaysia.
Terbaharu, beberapa pengguna di Twitter berkongsi tentang produk Apple iaitu Mac mini M2 yang dihasilkan di Malaysia. Menerusi gambar yang dikongsikan, tertera nama Malaysia pada bahagian luaran Mac mini baharu dan juga pada kotaknya.

Baca Juga:
- iPhone 15 Kini Dilaporkan Sudah Memasuki Fasa Ujian Pembangunan Awal Di China
- Harga iPhone 15 Ultra Dijangka Jauh Lebih Mahal Berbanding iPhone 14 Pro Max
The new Mac mini M2 Pro I have was made in Malaysia. pic.twitter.com/G75QL336aN
— Aaron Zollo (@zollotech) January 24, 2023
Ramai yang teruja untuk mengetahui bahawa Malaysia juga turut serta dalam penghasilan Mac mini M2 itu. Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama memandangkan Malaysia juga pernah menghasilkan Mac Studio pada tahun lalu.
wow! 🤔 https://t.co/JOrVAniSmA
— Wafiy Zamre 🇲🇾🇵🇸🍉 (@wafiyzamre) January 25, 2023
#proudtobemalaysian https://t.co/pw0NwFwsvj
— Syapei 🇲🇾 (@syapeilukman) January 25, 2023
So its true that Mac mini is now made in Malaysia 🥹 pic.twitter.com/GZehTJSZZX
— Nazir (@ahmdnazrafq) January 24, 2023
Di samping itu, nama Malaysia secara tidak langsung telah dipromosikan di persada antarabangsa. Ini juga membuktikan bahawa Malaysia mampu menghasilkan kualiti produk bertaraf dunia memandangkan Apple sangat menitik beratkan kualiti produknya.
Dengan kepercayaan yang diberikan kepada pengilang di Malaysia, ramai yang mengharapkan Apple juga membuka Apple Store secara rasmi kerana mahu menikmati sejumlah kelebihan menerusinya.
Ketika ini, Mac mini M2 sedia dijual pada harga bermula RM2,499 dan boleh mencapai hingga belasan ribu dengan pilihan spesifikasi tertinggi. Mac mini M2 ini mencuri perhatian ramai kerana prestasi yang ditawarkan lebih bagus dan efisien.