Sejak beberapa hari lepas, kalau anda skrol platform TikTok pasti akan terlihat beberapa kompilasi lagu dikir barat dari Pantai Timur dengan tajuk yang cukup unik.
Walaupun tajuk seperti cicak, ultraman dan nyamuk kedengaran seperti lucu, rupanya kini sudah mendarat di negara Denmark yang mana tular baru-baru ini.
Sebuah akaun bernama kaspermoose.vn dilihat memutarkan lagu tersebut menerusi corong pembesar suara sambil berjalan di tengah-tengah ibu kota.
Walaupun tidak memahami bahasa lagu dan dialek lagu itu, mereka dilihat masih boleh vibes atau melayannya.
Dengan kapsyen ‘Anda kini boleh mencari lagu Malaysia di Denmark ‘ cukup menandakan lagu ini sudah mendarat di negara tersebut secara rasminya.
@kaspermoose.vn Anda kini boleh mencari lagu Malaysia di Denmark 🇲🇾🇩🇰 @FelixFc🐐 @Theodaddy😝🙉 @𝐧𝐨𝐫𝐚🩶
♬ bunyi asal – Geng Dikir Official (G.D.O) – Geng Dikir Official (G.D.O)
Video yang dimuat naik itu langsung menjadi bualan hangat dan rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa bangga kerana dikenali di luar negara meskipun lagunya mempunyai lirik yang lucu.
Tidak hanya popular di Denmark, malahan ada warga Indonesia yang mendakwa kini turut mendengar lagu cicak berkenaan dan sudah menghafal serba sedikit liriknya.
Latar belakang pencipta lagu cicak
Cikgu Naim, atau nama sebenarnya Che Naim bin Hussain, adalah seorang tokoh dikir barat yang sangat terkenal dan disegani, terutamanya di Kelantan. Walaupun berkhidmat sebagai seorang pendidik, beliau mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam seni dikir barat.
Lagu-lagu beliau sering mengandungi mesej yang mendalam seperti nilai moral, nasihat agama, dan teguran sosial, tetapi disampaikan dengan cara yang ringan, penuh jenaka, dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Beliau bijak menggunakan elemen-elemen harian seperti “lembu tak tambat” atau “cicak” untuk menyampaikan teguran dan sindiran secara halus.
Karya-karya beliau, seperti lagu “Cicak,” “Nyamuk,” dan “Tikus”, masih dimainkan dan menjadi rujukan oleh generasi pendikir barat hari ini.