Ramadan tahun ini menyaksikan satu fenomena di media sosial – lagu “Tob Tobi Tob” atau Sawt Safiri Al-Bulbuli menjadi pilihan utama masyarakat untuk dijadikan bunyi oleh para pencipta kandungan, lapor Detik.

Dengan rentak pantas dan lirik yang unik, lagu ini bukan sekadar menghibur, tetapi tahukah anda bahawa ia juga menyimpan sejarah sasteraArab klasik.

Asal-Usul Lagu “Tob Tobi Tob”

Lagu ini sebenarnya berasal dari puisi Arab klasik berjudul Sawt Safiri Al-Bulbuli (Suara Burung Bulbul) yang dicipta oleh penyair terkenal, al-Ashma’i, lebih dari 1,000 tahun yang lalu.

Puisi ini dihasilkan pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Ja’far al-Manshur, pengasas Baitul Hikmah, pusat keilmuan Islam yang termasyhur.

tob tobi tob

Khalifah al-Manshur terkenal dengan daya ingatan yang luar biasa.

Dia mampu menghafal puisi hanya dengan sekali dengar.

Namun, puisi al-Ashma’i ini berjaya mencabar kebolehan sang khalifah.

Dengan permainan kata yang rumit dan irama yang kompleks, puisi ini menggambarkan keindahan alam – dari desiran ranting pohon hingga kicauan burung bulbul.

Ketika al-Ashma’i membacakan puisi ini di hadapan Khalifah, sesuatu yang mengejutkan berlaku.

tob tobi tob

Untuk pertama kalinya, Khalifah al-Manshur gagal menghafalnya. Keunikan puisi ini membuatkannya begitu sukar untuk diingati, walaupun oleh seseorang yang memiliki daya ingatan hebat seperti khalifah.

Sebagai penghargaan, Khalifah memberikan hadiah emas yang sangat berat – sehingga memerlukan empat orang untuk membawanya.

Dari Puisi Klasik Ke Tren Media Sosial

Kini, puisi berusia ribuan tahun ini kembali popular dalam bentuk lagu “Tob Tobi Tob.”

tob tobi tob

Dengan irama yang pantas dan lirik yang unik, lagu ini menjadi sebutan ramai di platform seperti TikTok, Instagram, dan YouTube.

Ramai netizen menganggapnya sebagai ‘tongue twister’ versi Arab yang mencabar untuk dinyanyikan.